lupo plak nak jwb tagged liza..
CERITA BAGAIMANA KEKASIH, TUNANG ATAU SUAMI KAMU MELAMAR..
eceli akak kenal hb akak tu kat mirc.. chatting2 gitu.. kira cinta internet la ni.. dah mula chatting tu nmpak mcm sherashi bersama... pastu mula calling2 la pulak.. kiranya tiap2 hari la hb call nak ayat akak..
akak rasa kitorang chatting pun x le lama sgt pun.. dalam beberapa bulan pastu hb dtg batu pahat jumpa akak.. bila dah kawan2 gitu.. dah 2-3 kali datang.. nmpak cam sirius je kan.. parents akak pun mcm restu je.. sbb nmpak la hb tu sungguh2 nak kat akak..
nak dijadikan cerita.. rupa2nya pak teh & mak teh hb kenal ngan kakak akak yg no. 5 sbb depa ni semua cikgu.. dulu mengajo 1 sekolah kat bruas.. pastu masa kakak akak tu jadi cikgu kat ampang.. 1 sekolah plak ngan mak cik hb.. meja guru pun berdepan2 gitu.. so senang la kan..
arwah mak akak pun arahkan kakak akak tu gi siasat latar belakang hb kat makcik hb.. tanya la hb ni mmg betul bujang ke apa.. bila dah kompem mmg bujang trang tang tang.. senang la keje lepas tu..
akak pun x ingat camne hb melamar.. cumanya jodoh tu mcm dah diatur2 gitu.. tetiba sepakat nak kawen.. sbb kitorang ni dok jauh.. sorang kat bp.. sorang kat ipoh.. so jarang sgt dpt dating.. klau rindu telefon je le yg jadi pengubat.. bil telefon jgn ckp le.. beratus2 sebulan.. 19 Sept 2000 kitorang bertunang.. 26 Mei 2001 tu nikah...
eceli kwn2 akak pun x tau akak dah ada bf.. bila tetiba akak bertunang.. sume org terkezut.. sbb depa x prnah nmpak akak dating2.. tetiba nak kawen..
haaa.. best kan gitu.. x de la kecoh2 pastu x jadi.. tp gambo masa kwn2 tu x de pulak.. x best plak posting x de gambo.. akak tepek gambo masa akak bertunang je la ek..
Monday, June 22, 2009
tagged lagi..
Posted by meg at 10:21 AM 2 comments
Labels: tagged
Soya Bean Pudding
ptg sabtu haritu akak cuba la resepi soya bean pudding ni... ye la.. kena gak merajin2kan diri kan.. kang dikata pemalas plak.. x de apa2 nak makan.. akak ni klau 1st time cuba resepi.. mmg le ikut betul2 resepi tu.. x pandai la nak bega2 or cuba ubah itu ini.. nnti 2nd time buat baru la tau nak tambah apa2 kan.. akak ni pun bukannya chef wan.. masak apa semua menjadi..
yg akak x paham tu kan.. bila akak buat termanis sket..
'dia' kata "hmmm manis berdengung (ingat ni negeri pasir berdengung ke??).. arep kamu jgn makan banyak..bla bla bla.."...
TAPI... bila 'dia' buat benda2 yg manis cthnya cam wajik.. pengat.. boleh plak bg anak 'dia' makan..
so puding ni haritu akak x tambah gula pun dlm soya tu.. ingatkan sbb ada letak buah dlm tin.. manis air buah tu je la.. dan 'dia' makan kata tawar pulak... ate.. manis salah.. tawar pun salah.. what do YOU expect from me??
akak heran la pesal menantu pompuan susah nak ngam ngan mak mentua?? apa yg mak mentua-mak mentua seluruh dunia nak drp menantu pompuannya nih?? x cukup ke menantu pompuan ni jaga anak dia tu?? klau expect nk suh akak layan cam raja.. tak larat la akak.. ko ingat akak robot.. dah la keje.. driving ulang alik lagi.. pstu hari sabtu ahad expect akak buat sume keje umah plak..
eceli akak ni malas nk amek kesah... cuma sekali sekala tu heran gak.. ada je x puashati.. kita ni dah cuba buat yg terdaya.. suka hati dia la nak makan ke x.. bak kata dia selalu la "sedap makan banyak.. x sedap makan sikit".. dah 8 thn hidup sama2 ni akak dah belajar pekak kan telinga.. keraskan hati.. tp sekali sekala tu tercalar gak perasaan ku ini.. uwaaa...
ehh dah melalut plak nih.. hmm tgk je le gambo ni ye..
Posted by meg at 9:53 AM 0 comments
Labels: makan macam2
bunga-bunga cinta
wahhh balik weekend haritu byk bunga2 yg akak tanam dah berbunga... heheh.. tipu je.. bukan akak tanam... tp mak mentua akak la yg tanam.. akak ni suka bunga2.. tp camne la nk jaga ngan travelling tiap2 minggu ke sana sini kan.. smpai umah dah lepak.. camne nak tgk pokok bunga..
so ptg semalam akak pun buat la sesi fotografi kat sekitar taman bunga mak mentua akak tu.. enjoy the pics...
Posted by meg at 9:28 AM 0 comments
Labels: bunga
Wednesday, June 17, 2009
tepek lagu
yess yessss.. (sambil melompat2).. apa kena akak ni.. ehhh bertenang.. bertenang.. karang runtuh plak bangunan ni.. dah la dok kat ting 4 nih..
eceli bukannya apa.. akak dah tepek lagu adam lambert kat blog akak ni.. padan muka sapa yg x suka tu.. berdarah2 la tinga korang dgr sore mendayu2 dak adam ni ye..
maceh la kat sifu akak iaitu neeza... memula tadi akak buat sendiri.. pstu lagu tu sangkut2 plak.. ate.. kena lah cari talian hayat plak nak suh ngajo.. nsb baik sifu ni sabo orgnyer.. kalo x.. mau dihempas2 pc dia kat sana tu sbb tensen ngajo anak murid ala-ala dah nak kertu ni (oh tidakkk...)...
apa tadi.. sifu mintak pengeras ayam golek ye.. nnti akak balik johor akak anto la sambil golek2kan badan akak ke umah sifu.. ehh bagus kan idea ni.. mana tau nnti akak jadi kurus kan.. kan.. kan..
haritu kwn akak kata akak ni obses kat adam.. tp akak bukan la obses bebeno.. x baik tu.. akak minat je kat suara dia.. pstu kan muka dia hensem ala-ala elvis presley kan.. sbb tu akak suka.. eceli x semua psl adam ni akak suka.. cthnya.. akak x suka la dia pakai eyeliner mekap2 tu sume.. tp ntah kenapa dia mcm ada x-factor gitu lah..
ehh klau korang x suka.. nasib le kan.. akak peduli apa.. ni kan blog akak.. ada akak kesah??
Posted by meg at 3:30 PM 2 comments
Labels: artis
PM larang kakitangan kerajaan salahguna internet
pagi2 tadi dlm keta on the way gi keje akak dengo hot.fm.. topik depa pagi ni psl PM larang kakitangan kerajaan surf internet.. akak ckp dlm hati.. laaa.. habis la camne akak nk blogging nih.. YM tu x kisah la sbb skang ni akak jarang chatting ngan kengkawan.. kecuali psl keje je..
betul niii.. x caya keee??
ehh akak klau nk blogging, akak settlekan keje2 akak dulu tau.. ni mesti pasal korang2 yg dok surf internet smpai x buat keje.. haaa.. tu laaa... kerana nila setitik rosak susu sebelanga tau..
habis la klau kena block x bleh blogging nnti korang dah x dpt tgk gambo lauk2 yg akak masak.. mati la akak dah x glamer lagi.. camne akak nak tayang hadiah2 yg akak dpt drp hb akak??
ni la akak tepek psl news tu drp BH..
Penjawat awam elak unsur seks, hasutan: PM
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak berkata, sebanyak 39 laman web dan blog yang berunsur lucah dan berbaur hasutan dilarang dilayari oleh pegawai dan kakitangan kerajaan di pejabat.
Perdana Menteri berkata, kakitangan awam juga dilarang melakukan 15 aktiviti yang melanggar tatacara penggunaan internet seperti termaktub dalam Pekeliling Kemajuan Pentadbiran Awam Bilang 1 Tahun 2003 bertajuk Garis Panduan Mengenai Tatacara Penggunaan Internet dan Mel Elektronik di Agensi kerajaan.
Ia termasuk menggunakan kemudahan modem untuk membuat capaian terus ke internet di pejabat kerana ia melanggar tatacara penggunaan internet; merosak dan mengancam keselamatan dengan menggunakan hak akses pengguna lain untuk mencapai sistem komputer dan mendapatkan maklumat serta mengubah komponen sistem tanpa kebenaran.
Posted by meg at 11:11 AM 3 comments
Labels: isu semasa
Monday, June 15, 2009
small gift from hb..
tetiba dpt gift drp my dearest beloved hb.. wpun kecik je.. maybe x semahal mana.. tp besar maknanya utk akak.. yg penting ingatan tu kan..
tengkiu very much sayang.. LUV U SO MUCH...
lalalalala...
Posted by meg at 12:51 PM 0 comments
Labels: hadiah
dinner at taman kanak2, ipoh
malam tadi akak & hb gi jalan2 kat gerbang malam, ipoh.. apa tu gerbang malam? chewah.. mcm glamer gitu kan..
eceli mcm pasar malam biasa je.. byk jual mainan, baju2.. mcm2 lagi lah.. klau nak urut kaki pun byk gerai urut kat situ.. akak tgk ramai je org lelaki berurut.. dah penat jln2.. terus urut la kan..
akak x de la nk amek gambo tgh2 paso tu.. kang org tengok depa ingat akak ni suku kaum jakun dr mana plak kan.. paso tu beso gak.. x larat nak habiskan.. so pas jln2 sket tu kitorang gi isi perut plak kat taman kanak2 tu..
kitorang order...
Posted by meg at 12:34 PM 2 comments
Labels: makan macam2
makan2 di kfc
hari jumaat, 11 Jun haritu.. rombongan cik kiah pejabat am FPE beramai2 gi mkn kat kfc.. eceli nak buat majlis perpisahan untuk student praktikal kat opis kitorang ni.. nama student tu zulhafiz drp politeknik seberang prai..
kalau hangpa sume nak tau.. budak zul ni rajin tau.. kitorang telah berjaya mempergunakan dia sepanjang 6 bulan dia praktikal kat sini.. mcm2 la kitorang suruh buat.. yg best tu.. sume arahan (perasan boss) dia buat dgn senyum je.. sket pun x membantah..
eceli bukan arahan la kan.. melampau la tu... bahasa yang lembut sket.. "minta tolong".. kan.. yesss.. akak jadi cikgu bahasa harini..
harini dia x de rasa sunyi plak.. selalu tu ada je benda nak usik2 dia.. dia ni memula dtg sini dulu diam je.. lama2 dia pulak yg jadi loyar buruk lebih drp kitorang..
sebelah tu azita, liana, puan ain & x tau sapa...
TIPUUUUUUUUUUUUU..................
alahhh.. x pedas mana pun.. merepek je iklan kfc tu.. ate.. dah pedas yg ko gila gi tadah air hujan tu wat pe... mintak je le air sejuk kat kaunter tu kan..
ehh apa akak merepek ni.. okies.. cau cin cauu..
Posted by meg at 12:15 PM 0 comments
Labels: makan macam2
Wednesday, June 10, 2009
xtiviti hujung minggu
eceli weekend lepas ni akak & hb gi kenduri kawin sepupu hb kat seremban 2.. tp boleh x akak x snap langsung gambo pengantin?? so x boleh le akak nk melaporkan dari tempat kejadian kan..
x pe la kan.. akak nak ucapkan selamat pengantin baru kpd NORKAMAL AZMI BIN ZAINUDIN & HAZLIZA BTE ABD AZIZ.. pada 7 Jun 2009.. semoga berkekalan hingga ke akhir hayat...
kenduri tu hari ahad.. so pagi2 sabtu tu akak & hb bertolak dr ipoh.. terus gi umah kakak akak kat bangi.. mlm tu tido bangi so pagi ahad dekat sket nk gi seremban.. adik plak join tido umah kakak tu.. dpt la bercanda2 ngan amar..
Posted by meg at 10:02 AM 0 comments
Labels: family
bayo utang tagged ina
ayoyo.. kena tagged la pulak.. sebelum tu tepek award dulu..
dah tepek award x payah jwb tagged bley tak? x pasai2 kena pelangkong ngan ina nih..
Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award ini..
1. ina ni bini bob..
2. ina jual tupperware..
ehhh kelako x jawapan akak tu.. eceli akak x tau nak taip apa psl ina sbb akak x berapa kenal dia.. maksud akak tu kenal gitu2 je le.. blom pernah tugeder2 lagi.. nnti akak pi bayo utang tupperware tu bleh la berkenalan ngan lebih rapat lagi.. heheh..
Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yang seterusnya..
1. Suka sangat2 baca novel.. kat umah ada 2 kotak koleksi novel keluaran alaf21..
2. Tak pandai jahit baju.. jahit butang tu reti ler.. sume main tempah je..
3. Mood bleh berubah2 sekejapan je.. kejap ok.. kang kejap lagi puting beliung.. tp sekejap je dah cool down..
4. Suka buat kek.. tp ikut mood gak la ni..
5. Susah nak mengingat org.. biasanya klau org yg jarang jumpa mmg susah akak nak ingat.. selalu tu org kenal akak tp akak x kenal org (perasan femes)..
6. Suka tgk cerita2 romantik romance (bukan romen2 ye...) ataupun fairy tale (mcm budak2..).. x suka cite perang2.. arghhh tensen..
7. Tak suka kat org yg suka membebel.. boleh mempengaruhi mood akak tau..
8. Suka tgk keindahan alam.. terutamanya bunga2an.. tp nak tanam sendiri malas.. heheh..
9. Akak ni takut naik bas especially bas berhenti2 tu.. (teringat zaman sekolah2 dulu).. nak picit loceng pun takot.. berdebar2 gitu... pastu driver plak suka brek emergency.. rasa mcm nak tercampak je..
10. Pantang ada org tinggi suara kat akak.. akak akan membalas dengan frekuensi suara yang lebih tinggi lagi..
Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnya dan describe tentang mereka..
x nak tagged sapa2.. sapa nak award tu jawab la soalan2 kat atas ye...
sekian...
Posted by meg at 9:11 AM 0 comments
Labels: tagged
Monday, June 1, 2009
lunch at garden seafood, tg malim
pagi semalam akak & hb pg tg malim sbb nak pindahkan fridge & washing machine ke umah baru.. pas hbs kemas sume.. kitorang pun lunch kat garden seafood, tg malim.. ate.. namanya je lunch tp masa tu dah kul 3 lebih..
org x le ramai mana.. tp lambat betul la service.. nak dekat 1/2 jam tunggu..
Posted by meg at 10:28 AM 2 comments
Labels: makan macam2
anniversary celebration - 1st
motif letak tajuk camtu?? banyak kali celebrate kah??
gini.. memula tu akak & hb nak mkn kat satu restoren stimbot yg kitorang prnah pegi dulu... nak celebrate la kengkononnya.. akak kata restoren tu kat jaya jusco ipoh.. hb plak berdegil kata kat ipoh parade..
nak guna talian hayat tp kwn akak x jwb plak.. so kitorang pun main redah je la ikut kata hb ke ipoh parade.. akak ingat klau salah tpt pun nnti bukan akak yg kena marah.. kan.. pandai x akak.. otak antarabangsa ni tauuu..
dah la susah nak parking.. tgk2 kat situ mmg x de pun restoren tu.. mmg sah la kat jaya jusco.. nak pegi sana jauh la pulak.. kitorang masing2 dah penat sbb pagi tu pegi kenduri kawin kat bruas.. kat ipoh parade tu plak x de restoren yg best2..
last2 kitorang makan je kat marrybrown.. eeee.. dah la akak nyampah tgk gambo duta marrybrown tu.. (mawi..) apo nak buat.. pejam mata je la makan.. licin gak.. heheh..
tp dah ckp kat hb.. akak nk makan gak kat restoren stimbot tu jugak jugak.. pasni bila2 lapang mesti pegi..
Posted by meg at 10:05 AM 0 comments
Labels: anniversary
pelbagai makanan
eceli ni kan gambo2 dah basi.. sbb camera akak tu prob kan x bleh detect plak kat pc ni..
ni sebulan lepas kot.. akak & hb mmg antu deghoyan.. masa tu ada la org jual kat ipoh nun.. ate.. dah teringin bebeno ngalah org ngidam.. mahal2 pun beli gak.. tp berbaloi la.. isinya tebal.. bijinya kecik je.. nyum nyum nyummm...
terliur tak.. burger yang kebanjiran mayonis + cheese.. kat dlm tu ada hirisan nenas... yummyliciousssss....
ni pulak lauk2 yg akak msk baru2 ni...
Posted by meg at 9:41 AM 0 comments
Labels: makan macam2