Monday, September 28, 2009

Gambar2 Raya Tanpa Diriku

sume baru naik keje ye.. akak x de mood nak keje nih.. camne raya?? seronok ke??

akakkkkk??? hmmmm raya paling sempoi la.. mcm x beraya.. dok dlm bilik temankan hb.. makan tido makan tido membesokan badan.. kiranya korang penat beraya.. akak penat tido la gitu.. smpai x larat nak tido..

x pe la kan.. klau panjang umo tahun depan akak balas dendam lah ye..

apa2 hal pun.. akak nak tepek la gak gambo2 family akak nih yg akak cilok drp facebook diyana & kak lim.. tp usah la dicari rupa ku yg comel ini kerana diriku tidak balik kampung tahun ini kan... sob sob sob...

memula masa 1st raya tu sedey dok teringat arwah mak & bapak.. thn ni x dpt jenguk pusara depa kan.. cuma dpt sedekahkan Al-Fatihah je dr jauh.. uwaaaaa...


pusara bapak & mak...

nasib baik dpt cilok gambo ni drp fb diyana.. terubat gak rinduku ini...

anak-anak sedaraku yg comel-comel.. muahhh...

afiah umairah
nurin insyirah
irish fayha

anak2 sedara versi gediks...
adik beradik & ipar2 ku..
anak2 sedara pompuan versi perempuan melayu terakhir..
comel2 kan...
semua anak sedara ku yg comel2 & kiut2..

dan akhir sekali gambo rumahku di malam raya...

tp sapa kah itu yg berperut boroi selak kain smpai ke lutut?? nasib baik gambo gelap nyah.. seksa mak menengoknya..

sekiannn....

Tuesday, September 15, 2009

Selamat Hari Raya Aidilfitri

wah wah.. lamanya x update kan.. haritu 1hb kata i'm back.. pstu hilang lg.. tup tap tup tap.. hujung bulan muncul balik..

eceli akak x tau nak cite apa.. sejak dua menjak ni kan akak bz ulang alik ke gombak.. Alhamdulillah.. hb akak dah bertambah baik sekarang..

last week ruas hujung ibu jari kaki sebelah kiri hb pulak kena potong sbb dah gangren.. the 3rd toe plak 50-50.. mintak2 selamat la jari tu.. tp eceli masa kat spital dulu pun doktor dah aim 3 jari tu.. klau kat spital dah sah2 la seluruh ibu jari tu kena potong.. tp kat tpt ni depa potong ikut sendi..

so raya ni.. mcm x raya la kan.. akak & hb beraya kat pusat rawatan tu je la nmpaknya.. maybe on the 1st day of raya tu we all gi beraya ke umah sedara hb kat area gombak tu gak.. pstu akak plan klau akak berani nak gi drive masuk KL.. akak nk ronda2 lah kat KL tu.. kan org sume blk kg.. so hopefully x de jem2 la kan..

akak ni klau cakap kena drive masuk KL je terus dada akak dup dap dup dap gitu..

tahun ni akak x buat kuih raya.. beli pun tak.. kiranya raya yg paling releks la dlm hidop akak ni.. tp x best plak sbb thn ni x dpt anyam ketupat.. sejak hb akak sakit ni kan.. nk masuk 2 bulan.. sepanjang2 tu akak x masak.. smpaikan nak masak sardin haritu pun menggigil2.. bleh gitu..

and tadi akak call tailor akak.. dia kata baju raya akak siap hari jumaat.. dia suh akak amek sebelum akak balik raya.. sabo je le.. padahal dulu janji minggu ke-2 posa dah siap.. x pe la kan.. jgn smpai raya akak pakai sari udah le.. ate.. dah bajunya x siap.. kainnya tu belit2 je la kat badan mcm sari..

and for the 1st time in my life.. akak x balik beraya ke batu pahat tahun ni.. uwaaaa... sedehnya.. tp x pe.. tahun depan klau panjang umo.. akak nak beraya sakan kat kg akak.. nampaknya tahun ni family akak beraya tanpa buah limau bali lah.. ate.. akak kan pembekal buah limau bali tiap2 tahun..

so akak nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kpd kawan2 & pembaca2 blog (chewah.. ada lagi ke org baca blog aku ni..heheh..).. semoga gembira beraya dengan keluarga.. yg balik kampung tu berhati2 di jalanraya.. mohon maaf zahir & batin kiranya ada salah silap atau terkasar bahasa..

Tuesday, September 1, 2009

I'M BACKKKK...

wahh gitu.. mcm arnold susahnakeja plak.. I'LL BE BACKKK..

lama kan akak hilang.. mcm2 hal berlaku dlm hidup akak.. namun akak redha dengan ketentuan Illahi.. semua yg berlaku ada hikmahnya..

eceli hb akak masuk spital awal bulan 8 haritu.. hb akak tu ada diebetes.. so dia mmg selalu la ada cam melembung yg ada air bisa kat kaki.. selalunya tu rawat sendiri je.. tapi 3/8 haritu gi check kat klinik konon2 nak check psl gastrik.. tp masa tu la pulak semua penyakit dtg.. ngan demam + kaki bengkak + cirit birit.. pstu doktor suh gi check kat spital sbb byk sgt penyakit...

rentetan peristiwa berumahtangga kat spital..

4/8 - admit hospital tuanku bainun, ipoh.. ward 5A - orthopedik..

masa tu plak melembung tu pecah.. hilang kisah gastrik.. doktor concentrate kat kaki.. biasalah general hospital serba serbi lambat.. dah 2 hari msk ward doktor kata nak operate kaki.. so depa korek la drp bawah ibu jari kaki kiri smpai ke atas kaki..

lbh kurang 3 hari pstu suh kuar & suruh dressing tiap2 hari kat klinik kesihatan..

hari ke-3 cuci.. bukak2 bandage tgk ada ulat.. takot akak tau.. klinik suh admit blk ke GH..

12/8 - masuk blk ward 5A

lambatnya tunggu tindakan.. admit pagi smpai ptg dibiarkan je.. kami dah risau psl ulat2 tu takot makin merebak.. tp doktor kata ulat2 tu x pe.. sbb nnti dia makan tisu2 kaki yg mati.. boleh gitu.. misteri sungguh.. kul 1 am baru la pegi operate...

operate kali ke-2.. luka makin besar.. dok spital 1 mlm dah suh balik.. so pegi cuci ke klinik tiap2 hari..

20/8 - admit hospital pantai puteri, ipoh

jari ke-2 dah hitam (gangren).. kesan drp operate kali ke-2 kat GH menyebabkan kulit kat jari ke-2 hampir tanggal.. doktor kata jari tu dah mati.. so doktor amek keputusan nak potong jari tu.. ibu jari pun dah lebam sket.. doktor kata dia cuba selamatkan ibu jari..

hari jumaat, jam 12.00 tengahari.. hb masuk operation theatre utk potong jari ke-2 tu.. ibu jari selamat x payah potong.. dok sini 5 hari.. bil dah mencecah 7 ribu lebih..

family hb cadangkan masuk kat hukm.. sbb depa sume kat shah alam.. senang la nak melawat2 gitu..

25/8 - hukm

admit kat hukm.. akak drive keta dr ipoh.. hb dok belakang.. smpai spital doktor kata luka x berapa elok sbb kering.. maybe sbb terlalu lama kaki berjuntai dlm keta.. masuk ward 4F..

kat sini x bleh tunggu so akak tido kat umah adik kat sg besi.. pagi esoknya tu hb call dr spital bgtau doktor nak potong kaki paras atas buku lali.. mak terkezut beruk badak monyet semua lah... tensen tul..

org tu boleh jln ko tetiba nak potong kaki dia.. alasannya sbb luka mcm susah nak baik.. so nak elak drp kuman msk dlm badan.. amek keputusan potong kaki.. lain la klau kaki tu dah busuk kan.. dah la doktor datang berombongan.. hb kata smpai nak dekat 20 org dok keliling dia.. bincang2 kat situ x peduli pun perasaan pesakit yang terbaring tu..

elloooooo... ni kaki orang tau.. bukan kayu balak..

depa pun psg tiub kat luka hb tu.. kengkonon cam vacuum la utk sedut air + nanah.. pstu 3 hari baru bleh bukak.. bungkusnya plak ngan plastik.. hari ke-2 psg tiub tu tengok ibu jari hb berair + nanah.. ate.. tiub tu bukan bleh gerak2 nak sedut nanah.. so yg kat jari2 tu camne nak sedut..

masa tu dah plan nak berubat kat luar.. tepon kwn2 tanya tpt berubat tradisional.. kebetulan tok guru abang ipar sepupu hb (thanks to ustaz hadi) bg no tepon pusat perubatan cure4u kat gombak (www.biodiabetes.com).. so ckp ngan doktor nak discharge keesokan hari.. baru lah doktor tu suh nurse bukak balutan plastik tu dan buat dressing biasa.. tgk2 ibu jari dah hitam sebelah..

29/8 - masuk ke Pusat Perubatan Diabetes Cure4U..

mula2 pekerja pak harun kata mungkin ibu jari terpaksa buang.. tp bila pak harun siat kulit yg hitam tu.. dia kata x payah potong sbb jari tu masih berdarah.. lega rasanya.. tp sbb luka hb besar so maybe hb kena duduk kat situ dlm 3 minggu mcm tu...

so mcm tu lah.. sekarang hb sedang dirawat di gombak dan keadaannya semakin pulih.. dah boleh jalan sendiri.. terima kasih byk2 kat pak harun dan pekerja2nya.. pak harun kata org yg sakit lebih teruk drp hb pun boleh baik.. InsyaAllah..

kepada kwn2 yang ada family/sedara mara/kenalan yg sakit diabetes atau hospital nak potong kaki atau apa2 lah.. boleh la dtg ke sini.. pak harun kata syaratnya luka tu masih berdarah sbb bila berdarah tu maknanya daging tu elok lagi.. tp klau dah kronik pun pak harun akan cuba rawat..

tempatnya memang selesa sbb setiap pesakit akan dpt 1 bilik siap econ + katil queen + bilik air.. (eceli bekas hotel..).. selesa sgtlah klau nak tunggu pesakit.. walaupun bayarannya agak mahal (RM2,125 seminggu - termasuk ubat + bilik + 5 kali mkn utk pesakit + 2 kali treatment sehari) tp puashati sbb layanan pun bagus.. setiap kali treatment pekerja akan dtg ke bilik utk jemput pesakit & hantar blk ke bilik lepas tu..

ate.. org yg menunggu nak buat apa pulak?? apa lagi.. membuto lah smpai hb dihantar blk ke bilik.. mcm hanimun lah gitu..

masa melawat pulak bila2 masa.. nk dtg tengah2 mlm buta pun boleh.. x terikat cam hospital.. nak makan kat hujung bangunan ada kedai makan.. ramai pesakit yg spital nk potong kaki dtg buat treatment kat sini..

sapa2 yg nak pegi ni add nyer : Pusat Rawatan Care4U, Suite 113, Pusat Penginapan Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak..

eceli akak ada brosurnya tp akak lupa nak bwk camera... so lenkali la akak tepek..

p/s.. mintak kwn2 doakan semoga hb akak cepat sembuh... terima kasih..