Friday, August 6, 2010

perempuan tak sedar diri

wah wahhh.. sedap je pompuan nih hina negeri akak.. walau pun akak dah tak dok johor.. tapi akak sentap oke.. tak pasal2 ko kena maki hamun kat fesbuk.. padan muka ko kan.. akak setuju ngan sesetengah comment kat situ..

dah ko cari rezeki kat johor.. pastu ko hina plak negeri johor ye.. cuma sbb x dpt cari biskut famos amos.. bodo betul pompuan nih.. akak ni keje kat perak.. lagi pekan kecik je.. McD pun x de... yg ada kfc & pizza hut jek.. tp akak x pernah terfikir nak hina negeri perak ni..

tak tau peribahasa 'di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung' ke? tu la.. low mentaliti betul pompuan nih.. malu la ngan karam singh walia tu klau x tau peribahasa..

klau kulim tu bagos sangat pi la balik kulim kan.. I'M JOHOREAN AND PROUD TO BE JOHOREAN.. HIDUP JOHOR!!



pi la mabukkk!!.. dah masuk paper Sinar Harian pun..

SENAI - Pelayar sebuah laman web sosial semalam dikejutkan dengan luahan berbaur penghinaan daripada seorang wanita terhadap negeri Johor.

Kenyataan wanita terbabit mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini yang mahukan beliau memohon maaf secara terbuka.

Dalam laman sosial tersebut, wanita yang berasal dari Kulim itu meluahkan perasaannya pada 14 Julai de�ngan meletakkan status: “Ya Allah hinanya Johor Bahru nama je dekat dengan Singapura belum maju rupanya... baik aku duduk Kulim macam ni.”

Difahamkan kisah luahan itu bermula apabila wanita tersebut yang sedang hamil mencari biskut jenama terkenal di Johor Bahru, bagaimanapun tidak menemuinya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ketika mengulas kejadian ini berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti negeri dan rakyat.

“Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumba�ngan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Kita tidak boleh bergurau dengan perkara sebegini,” katanya.

Sinar Harian turut mendapatkan reaksi awam yang rata-ratanya mahu wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pekerja swasta, Amril Aron, 31, menyatakan rasa terkilannya terhadap kenyataan itu.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap apa pun ketidakpuasan dalam laman sosial secara terbuka, ia tidak boleh diterima kami sebagai rakyat Johor,” katanya.

Eksekutif Pemasaran, Hairun Nisa Syed Esa, 23, berkata, kenyataan sebegitu melihatkan keperibadian dan kecetekan ilmu seseorang.

“Saya terkilan dengan kecetekan pemikiran individu seperti ini. Beliau patut memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.” katanya.

Sementara itu, Yahya Kiprawi, 31, berkata, beliau menghormati pentadbiran dan negeri Johor walaupun bukan berasal dari negeri itu.

“Walaupun bukan anak kelahiran Johor, namun saya mencari rezeki di sini, dan saya menghormati negeri, pemimpin dan penduduk Johor. Walaupun mungkin hanya gurauan, namun kenyataan menghina ini tidak boleh diterima pakai,” katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Surahati Abu Hassan berkata, beliau menganggap kenyataan sebegitu tidak sepatutnya dibuat memandangkan ia bersifat kenegerian.

“Laman web sosial bukan tempat meluah perasan, tidak perlu sebut perkataan tak elok. Minta minta maaf dengan terbuka, sememangnya hati rakyat Johor sudah terluka,” katanya.

Sinar Harian berusaha untuk menjejaki wanita tersebut di laman sosial terbabit, namun akaun penama sudah ditamatkan.

glamer kan skang.. padan muka...!!

Wednesday, August 4, 2010

zahra yang periang

zahra is such a good gegurl.. x banyak ragam.. nangis bila nak susu atau nak tido.. time tak sihat baru la dia meragam.. see for yourself.. sekarang klau ummi hala camera je kat dia.. terus je dia tersengih.. padahal sebelum tu dok merengek nak tido..

so cuteee...

Tuesday, August 3, 2010

zahra dah berdiri

my zahra dah pandai berdiri sendiri.. dah 1-2 bulan ni mmg dia dah tunjuk tanda2 nak berdiri.. tp dia suka tonggeng2 kat tengah.. maksud akak biasanya klau baby nak berdiri depa start dari tepi.. pegang dinding ke.. pegang kerusi ke..

ni zahra start dr tengah2.. tonggeng punya la tinggi tp dia x pandai lagi nak naikkan badan.. and zahra dah skip satu fasa iaitu dia tak merangkak.. drp menyelusur tu terus dia nak berdiri.. duduk pun masih senget2..

tapi pagi tadi kul 6 am tetiba dia pandai berdiri sendiri sambil pegang sofa.. akak dah ready bantal belakang dia takot dia tergolek.. tp Alhamdulillah dia dpt berdiri x jatuh pun.. dan siap posing utk ummi snap-snap lagi..

readyyyy...
oppp main botol susu dulu lah..
uhhhh dah berdiri.. yeyyy..
kemas apa yang patut..
syhh ummi x nampak ni..
haaaaaaa... got u...
alamakkk.. ummi nampak la pulak..
yeyyy... senyum utk sejukkan hati ummi..

manisnya senyuman mu sayang..

Monday, August 2, 2010

entry macam-macam

best pulak dgr lagu hindustan kat muzik.fm ni.. lagu bole chudiyaan.. betul ke akak eja ni ntah.. terus terbayang2 kajol + shah rukh khan nyanyi guling2 kat kebun bunga.. auwww akak sukaaa..

prnah tak rasa mcm hak peribadi korang diceroboh?? apa ni.. feeling2 artis gitu kan.. kena kejar paparazzi ke kak? hmm x de maknanya kan.. pesal aku mcm org x betol harini.. ooo lupa la harini monday blues... hehe.. (gelak sendiri..)

britney spears nih klau x kenal..

hmm ni pasal mak mentua la ni.. akak heran lah.. pesal ek menantu lelaki selalu ngam ngan mak mentua.. tp menantu pompuan mesti x ngam.. menantu ke hantu akak ni kan??.. akak x nak la bukak semua citer dlm kain.. ni nak selak sikit2 je ni..

alkisahnya mcm ni.. sejak hb akak sakit haritu kan.. kitorang dok kat bilik bawah.. dulu bilik semayang tp dah renovet besarkan sikit jadi bilik kitorang.. akak & hb ni sejak ada baby tido bentang toto + tilam je kat lantai.. mmg x tido atas katil sbb:-

i).. hmmm takot baby jatuh katil..

ii).. atau paling tepat sekali takot baby kena lenyek oleh mak bapaknya yang bersaiz beso + katil saiz queen sajek.. hehe..

so mak mentua akak mmg la suka suki hati dia kuar masuk bilik tu.. smpai satu masa tu akak bebel2 kat hb pasal x de privacy.. ye la klau la kita tgh nak pakai baju ke... tgh baring2 ke.. tgh berasmaradana ke kan.. tetiba kena terjah gitu.. tak ke haru.. ye la kdg2 kita ni lupa nk kunci pintu..

tu tak pe lagi la (tgk baik kan menantu dia- mcm tu pun x pe lagi tu..).. tapi perlu ke mak mentua akak tu tido sekali 1 bilik ngan kitorang???? mak mentua korang ada buat gitu takkk??

gini citernya.. hari jumaat tu zahra demam panas.. so mlm tu dia tido atas pangku akak je la.. akak tido duduk sbb dia x nak diletak.. mmg meragam la asyik merengek je.. biasalah baby demam kan.. perlu ke mak mentua join sekali tido kat bilik tu tp dia tido atas katil le??? kengkonon nak susah senang bersama la tu kot..

pastu tgh2 malam tadi.. tetiba zahra nanges maybe sakit perut kot.. akak dah sapu minyak yuyi cap limau kat perut dia tp amek masa juga kan nak reda sakit tu.. so lama gak la dia melalak.. lagi sekali mak mentua join tido atas katil ...

ehhh akak mcm dah tak boleh nak control perasaan tau.. menyirapppp je darah akak ni.. tak pasal2 akak bad mood tgh2 malam tadi..

arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh MARAHHHH tauuuuuuuuuuuuuu...

sabo mega sabooo... okeh.. tarik napassss.. hembusss.. tarikkkk.. hembussss...

hmm oke.. lupakan dulu pasal mak mentua.. makin diingat makin tensen tau..

dah lama x tepek gambo lauk kan.. sbb akak masak simple2 je so malas nak snap gambo.. tp hari sabtu haritu ter'rajin' plak nak snap wpun lauk bodo jek..

ayam masak kicap lada hitam..
ikan masin..
telo dadar berempah (hb nyer resepi..)

sayo sup campur tp malas nak amek gambo..

pagi ni lambat smpai opis.. kuar umah dah kul 7.. selalu kul 7 tu dah nak smpai tapah.. masuk2 opis ada plak hadiah drp opismate.. tengkiu uols.. bukan hadiah utk akak tp utk zahra..

sekian bebelan drp akak kali ni..

Wednesday, July 28, 2010

Bandar ICT, Shah Alam

weekend haritu akak gi umah adik kat kem sg besi.. eceli plan memula tu nak ikut depa gi bandar ict, shah alam.. tgk kat gambo cantek je lampu2.. tp hb akak pulak kurang sehat.. zahra pun tido..

so akak pun x jadi le ngikut.. dok umah adik je la tgk cite hantu thailand.. sesambil baca mastika.. mistik sungguh la kan.. sume pasal hantu.. pastu dgr bunyi cicak pun aku terkujat gitu.. hehe..

tp untuk cuci2 mata korang yg akak tgk wpun akak x update tp still menjenguk gak ke sini.. akak tepek la gambo yg akak cilok drp fb adik akak ni.. so sapa2 yg nak pegi boleh pegi tapi depa kata kena jalan jauhhhh gitu.. parking 2 hengget..

pastu kat dlm tu jln pun x siap lagi.. cuma jalan batu2 putih yg belum ditar je.. so jgn pegi pakai high heels ye adek2..

ni amalina & farhan..
nak naik pelamin pas raya nih..
adik & family nyer..
ahli rombongan cik kiah yg balik berpeluh2
sbb kena jalan jauh.. hehe..
sekian...

Thursday, July 15, 2010

yeyyy.. zahra dah pandai duduk..

start hari selasa, 13/7 haritu.. zahra dah pandai duduk sendiri.. wpun masih senget2 membalancekan badan..

good job my luv.. cayanggggg diaaaa... muahh muahhh...

Friday, July 9, 2010

my sweetheart..

aksi2 zahra khas untuk family ku yg jauh di mata.. kesian korang ye.. x pe.. nnti raya zahra balik sana.. sediakan duit raya banyak2 haaaaa....

ayoyo.. zahra tenung mata karam singh walia ke tuuu?
ehh laki aku laaaa.. kehkeh...
kul 3 pagi.. zahra tgh cari feel nak tido..
zahra tgh eksyen nak merangkak.. tp gaya je lebih..
lepas tu tertiarap balik..
cuba lagi zahra.. chaiyukkk.. chaiyukkk..