Tuesday, October 12, 2010

Takdir Illahi

hmm siapa yang tahu takdir yang menanti? siapa yg dpt meramal masa hadapan? wpun dah rasa mcm tak sedap hati dan terasa akan ada sesuatu yg akan terjadi.. namun takdir Illahi tiada siapa yg dpt menghalang..

lama betul akak x masuk blog ni.. rasa mcm nak tutup je.. tp mcm sayang pulak bila teringat susah2 masa buat blog ni dulu.. eceli raya tahun ni telah membuka lembaran baru & merubah perjalanan hidup akak & hb..

mulanya lepas beraya di kampung, kami pergi ke Pusat Rawatan Diabetes Cure4U di gombak untuk memeriksa luka pada kaki kiri hb yg telah dibuang jari tahun lepas.. sambil tu check luka kecil di bawah ibu jari kaki kanan.. luka tu kecillll sgt.. tapi rupa2nya kuman dah merebak di sebelah dalam..

23/9/2010.. pagi hari ke-3 kami duduk di gombak.. hb nmpak sgt tidak sehat dan tetiba dia meracau2.. ptg itu juga dia dikejarkan dgn ambulan ke PPUM, PJ.. semasa di ER, doktor mengesahkan kaki kanan terpaksa dipotong dan kidney pun dah rosak teruk.. kuman drp luka di kaki telah merebak ke seluruh badan.. pada masa itu nyawanya 50-50 ditambah dgn keadaan badan yg sgt lemah..

doktor hanya memberi 2 pilihan:-

i. sekiranya tidak potong kaki kuman akan terus merebak dan membahayakan nyawa.

ii. potong kaki kanan tetapi tetap merbahaya disbbkan keadaan hb yg sgt lemah berkemungkinan jantung tak dpt mengepam semasa opr... namun sekiranya opr berjaya kemungkinan hb akan sihat semula..

keluarga hb & akak menerima saranan doktor utk memotong kaki kanan hb demi menyelamatkan nyawa dia.. hb terus dimasukkan ke ICU kerana keadaan yg sgt kritikal.. sedih sgt tengok keadaan hb yg diselubungi wayar & tube di seluruh badan.. kat dlm ICU 2 hari, hb dibawa ke OT utk opr.. Alhamdulillah.. opr tu cuma memakan masa 1 jam 45 minit dan hb dimskkan ke ICU semula utk rawatan lanjut..

namun begitu hb berada di dalam keadaan koma selama 4 hari.. doktor berbangsa cina yg ada di ICU kata "saya tak tahu kenapa suami puan belum sedar lagi".. akak tanya "keadaan dia camne?".. doktor tu ckp "not good"...

arghhh doktor ni pun bkn tahu nak sedapkan hati kita.. nsb baik nurse kata ada org lagi lama koma lepas opr.. ikut keadaan badan seseorang.. betul juga kata nurse tu sbb lepas tu hb pun sedar.. wpun lemah tp dia kenal semua org2 yg dtg melawat..

namun hb tak tahu lagi tentang kaki kanan yg dah dipotong.. dr segi psikologi dia masih terasa kaki tu ada lagi.. sampailah dia dimasukkan ke dlm ward 8TD PPUM.. akak berulang dari rumah kakak ipar di shah alam dan tidur di ward.. zahra plak akak tumpangkan kat rumah adik di Kem Sg Besi.. lama juga kami terpisah mcm tu.. masa tu rindu sgt2 kat zahra tak tau nak ckp camne..

bila hb suruh urut kaki kanan.. akak urut.. tp bila dia suruh urut ke bawah lagi..ke bawah lagi kat ibu jari.. akak terus cerita psl lain.. smpai satu mlm tu hb tanya camne kaki dia & suruh akak ckp betul2.. baru lah akak bgtau.. setelah akak bgtau sebab2 kenapa kaki perlu dipotong.. nampaknya hb dpt menerima kenyataan wpun perit..

lama juga duduk dlm ward 8TD tu lbh kurang 2 minggu.. namun doktor2 semua pelik sbb ujian darah hb semua negatif.. x de kuman.. buah pinggang pun oke x perlu dylisis.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Mu Ya Allah.. 9/19/2010.. hb discharged dr ward & kami duduk menumpang di rumah adik akak di Kem Sg Besi..

keadaan hb sekarang stabil wpun x boleh berdiri sendiri kerana kaki kiri lemah.. sementelah kaki kiri pun tggl 2 jari je... hb memang memerlukan sokongan drp keluarga terdekat utk memberi semangat.. akak pun dah apply cuti 1/2 gaji selama 3 bln utk menjaga hb..

semoga Allah sentiasa memberi kesihatan dan kemudahan kepada akak utk menjaga hb & zahra.. semoga hb akak cepat sembuh dah boleh berdiri sendiri.. kini hb terpaksa menjalani rawatan fisioterapi di PPUM dan bermacam2 lagi appointment dgn doktor pd bulan november ini..

syukur kepada Mu Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk terus hidup bersama.. aminnnn...

di dalam ward 8TD..
kaki kanan yg dah dipotong..
keadaan kaki kiri...

Tuesday, September 7, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

lama tak blogging.. mcm2 perasaan sekarang ni.. letih pun ye gak.. zahra dah semakin buas skang ni.. aduhhh akak keletihan gitu.. tp seronok melayan karenahnya.. smpai akak x de mood nak snap snap gambo..

banyak ke buat kuih.. ooo akak tahun ni surrender.. haritu buat biskut cornflakes coklat yg sonang baitu pun x jadi.. apa kena ntah.. start dari awal prob bila cooking choc x cair.. pastu zahra meragam nak berdukung jek.. last2 hb yg tolong sudukan ke dlm paper cup.. dah tu dibiarkan plak biskut tu terdedah bwh kipas.. yeee.. bawah kipas uols.. dahhhhh biskut tu pun ala-ala lemau gitu haaaa..

sudahnya brg2 buat biskut yg beli haritu simpan je la dlm stor.. tunggu masa sesuai + ada mood nanti akak buat gak la lepas2 raya ni... untuk cemil-cemilan gitu kata org jawa..

hmm mood raya.. tp keje berlambak.. klau x de keje kan best.. hehe.. dasar pemalas.. tp badan je ada kat opis.. jiwa dan raga dah sampai johor..

yeee adik-adik sekelian.. tahun ni akak beraya kat johor.. yabedabeduuuuu.. terus nyanyi lagu sudirman -- "oooo balik kampung.. ooo balik kampung.. hati girangggg"...

lama tau akak balik tahun ni.. from tomorrow (YESSSS).. smpai 15hb.. oke la raya sakan gitu.. org lain (termasuk mil) x bleh kata apa la sbb tahun lepas akak tak balik.. akak dah apply cuti start esok smpai 19hb nnti..

di kesempatan ini akak ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.. MAAF ZAHIR DAN BATIN kepada semua pembaca blog akak ni.. semoga hari raya ini dapat disambut dengan penuh kesyukuran dan kemeriahan di samping keluarga & sanak saudara.. berhati2 di jalanraya...

sekian...

Wednesday, August 18, 2010

lagi gambo pulut kuning

nur amalina dah berkenan sgt kat pulut kuning tu.. pstu ada pulak kwn dia pun terliur nak ode.. wahhh mcm ni kena mtk komisyen kat kak janah (kwn akak yg buat pulut tu)..

kat bwh ni akak tepek lagi gambo pulut kuning yg kak janah prnah buat..


oke.. aku pulak terliur nih..

pulut kuning utk amalina

akak plan nak tempah pulut kuning ni utk majlis makan damai anak sedara akak pas raya ni.. cantik kan? lina.. cantek tak niii? ko berkenan ke tak?

Friday, August 13, 2010

kurma

bulan puasa ni x sah klau x makan kurma kan.. banyak jenis kurma kat pasaran sekarang ni.. tapi akak tiap2 tahun beli kurma madu mcm gambo kat bawah ni.. sekotak rm10 jek...

shedapppp... soooo sweetttt... soooo moistttt... sukaaaa...

alamakkk.. terlapo pulak.. mmmmm...

tetibaaaa...

ada gakkk gambo budak ni nak menyelit.. hehe.. pesal muka jadi camtu? berkerut semacam jek.. aaaa.. silau flash camera la ummi...

ooppsss sori sayang.. nmpaknya x dek la gambo menyengih sbb sume gambo berkerut2 mukanya...

Thursday, August 12, 2010

dah merangkak pulak

tetiba semalam petang zahra merangkak.. aikk.. bukan selalu merangkak dulu baru berdiri ke?? nampaknya dalam umonya 8 bulan semua dia pulun.. duduk + berdiri + merangkak + tumbuh gigi sekaligus...

tapi gambo x de.. sbb ptg semalam tu akak tgh kalut buat susu.. zahra plak dah mengamuk2 kehausan + mengantuk.. dalam dia dok menyelusur kejar akak gi kat tempat bancuh susu tu sekali akak toleh.. ehh dia merangkak pulakkk...

tu je lah ceritanya.. hehe.. tata..

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan drp ummi & zahra

salam ramadhan kepada semua pembaca2 blog akak ni.. hb, kwn2, sedara mara, anak2 sedara.. semoga ramadhan tahun ini merupakan ramadhan yang paling bermakna dan diberkati untuk kita..

bagi akak mmg sgt bermakna la sbb akak dpt berpuasa ngan zahra tahun ni..

zahra pun nak ucap selamat berpuasa kat semua kakak2.. abang2.. makcik2.. pakcik2.. jangan ponteng posa haaaa...

tengok.. rajin tak zahra kemas umah kul 3 pagi..? tapi zahra heran la kenapa ummi nanges tgk zahra kemas2.. patutnya ummi suka tgk zahra rajin kannn??

apala yg kelako sangat tu? ketawa smpai x nmpak mata?? ishh ishhh...