Monday, February 28, 2011

dahi berjahit pulak..

tak perasan dah bertambah follower akak (ecehhh.. padahal 18 orang jek.. lain la 18 ribu ke kan..) eceli akak malu org follow2 blog akak ni.. ye la blog ni pun caca marba je isinya.. nak kata blog masak2.. dah lama x masak.. asyik2 cite psl anak je.. pastu senyap 2-3 bulan..

welkem la zaina & mohd amirul.. zaina ni kwn akak kat upsi gak.. kitorang jarang jumpa kecuali klau ada course yg terpegi sesama.. tu pun akak segan nak tego2 dia sbb dia ni glamer gitu ko.. sekali haritu kitorang terjumpa kat easy cafe.. zaina yg approach tego-tego akak dulu.. akak terus macam ehhh peramahnya dia ni.. tu la kan.. tak kenal maka tak cinta..

adik mohd amirul ni mmg akak x kenal.. tp sejuk je hati bila msk blog dia.. terus mak rasa insaf gitu.. tgk dia dari trengganu.. terus teringat nostalgia abang angkat kat seberang takir.. tp dah lama lost contact.. terkenang semasa dulu gitu..

ishh dah menyimpang jauh dari tajuk ni.. eceli akak nak cite psl dahi zahra yg kena jahit 5 jarum sbb terhantuk almari tv kat umah.. lasak betul dia.. dah mcm spiderwoman gitu panjat sana sini.. meja kopi tu pun jadi pentas dia berjoget..

ngilu je tengok..
tetap ceria wpun dahi berbalut..
budak yg suka makan ubat..

alkisahnya malam semalam kul 11.30 malam.. pas akak basuh berak dia.. akak nak pakaikan pampers tp dia x nak.. dia makin berjoget2 plak kat atas sofa.. time akak nak tangkap dia tu.. dia lari ke hujung sofa.. terus terhantuk kat almari tv..

akak tengok dah berlubang dahi dia.. memula tu darah banyak gak.. nasib baik akak ni x jenis mabuk darah.. zahra nanges smpai x kuar suara.. terus kitorang kelam kabut bwk dia gi ER klinik kesihatan tg malim.. time kat dalam keta tu dia dah stop nanges.. so akak bleh drive tenang sket.. tapi ayah zahra plak yg lebih2 nanges smpai teresak2.. hehehe..

masa kena jahit pun zahra meraung2.. meronta2 smpai doktor balut zahra ngan selimut.. doktor kata klau akak x tahan pi la dok tpt lain.. kang terpengsan plak.. tp akak kata x pe la.. akak nak pegang zahra.. so 1st time dlm idop la akak tgk live doktor jahit luka.. selalu tgk dlm tv je..

pas jahit tu zahra oke dah.. x nanges.. smpai umah dia insaf taubat nasuha kejap.. esoknya lasak macam biasa..

aduhhhh anak ummi cayang...

tricycle for zahra..

last 2 weeks akak gi jln2 ke rawang.. dah bertahun dok tg malim baru ni le nak pegi sana.. sbb dulu kan akak berulang every weekend ke ipoh... mana ada masa nak jln2.. skang ni senang sket sbb hb & mak mentua dah dok tg malim..

tg malim ni kan standard pekan2 je.. supermarket paling beso pun TF kat behrang2020 tu.. plannya nak carikan mainan utk zahra.. so hb kata senangnya cari kat tesco je..

gigil2 gak la drive kat tpt yg x prnah pegi.. dok pusing2 kat bandar rawang tu langsung x nmpak tesco kat mana.. smpai tepon kwn utk tanya direction.. pastu salah jln lagi.. tanya pulak org kat stesen minyak petronas.. nasib baik plat keta negeri perak.. x de la akak malu sgt kan.. hehe

akhirnya jumpa gak tesco tu.. fuhhh.. jenuh la nak cari... setelah sakit2 kaki sbb berdiri lama pilih mainan.. akhirnya kitorang belikan zahra tricycle yg ada muzik ni... excited betul dia..

susahnya nak snap gambo zahra skang.. jenuh nak suh posing kat atas tricycle ni.. tp kaki dia still x smpai nak kayuh lg.. skang dia suka berdiri atas tpt duduk tu.. lepas tangan.. pastu gelek2.. saspen je akak tgk..

semakin hari semakin lasak tau.. kat umah jadi tarzan je la akak.. jerit nama dia je la..

Tuesday, February 1, 2011

zahra lagi

akak betul2 x tau nak cite apa lah.. ishhh.. idea ideaaa.. mana ko pegiiii..

skang ni tiap2 minggu akak berulang ke bercham, ipoh.. hb akak buat treatment mata kat kedai tabib cina.. lupa la nak snap gambo kedai tu.. cara treatment tu guna kaedah akupunktur & bekam.. kedai ni mmg speacialist utk org2 ada prob mata & diabetes.. baru 3x kitorang pegi pun so blom ada perkembangan.. cuma hb kata mata rasa mcm releks.. klau x tu rasa tegang jek..

selagi ada cara selagi tu lah kita berusaha kan.. oke lah.. gambo kedai x de.. tp gambo zahra kat dlm kedai tu ada..

sungguh comel kan dia tersenyum mcm tu.. padahal sebelum tu nakal sesangat siap guling2 kat atas lantai.. merangkak bawah kerusi.. petik daun pokok bunga dlm kedai.. panjat kipas berdiri.. arghhh mak tensen deknon klau dia buat perangai gitu..

ni pulak gambo dia time blk nursery.. pengasuh tu rajin mentoncet rambut zahra mcm tu.. kdg2 satu toncet.. kdg2 ada dua.. akak nak buat x jadi sbb rambut zahra nipis & lembut.. jari akak plak gedabak besar.. tunggu panjang lagi sikit baru bleh kot..

ni dia tgh tido ngan baju yg akak baru beli kat tenet.. beli utk umo 12-18bln tp bila pakai muat2 jek kat badan dia..

wokeh tu je kali ni.. happy holiday...