Wednesday, November 29, 2006

Balik Kg (Ogos'06) - Bhg II

masa nak balik Ipoh singgah kat pekan Pt Raja.. beli kerepek.. Pt Raja mmg terkenal dengan hasil kampung spt kerepek, pisang salai, dan sebagainya...



pastu singgah pulak kat Air Hitam.. just lalu je dan tgk dari dlm kereta.. masa tu musim cempedak.. so byk la buah tu kat sini.. nenas pun banyak gak.. tgk tu limau & keladi pun ada.. Air Hitam juga terkenal dengan pasu dan tembikar... mcm2 ada kat sini.. bunga2, kerepek2, brg2 hiasan rumah... byk lagi lah.. sapa2 nak kawin tu boleh la cari bekas telur kat sini.. tp kena pandai tawar menawar.. karang kena kapur plak.. (lagi2 yg plet keta luar Johor tu..)



kalau pegi Air Hitam jangan lupa beli putu bambu yg dijual kat tepi jalan dekat dgn traffic light.. mmg best putu bambunyer.. boss aku tiap kali balik johor mesti memborong.. tp gerainya bukan yg dlm gambo ni.. sbb masa tu keta aku stop betul2 depan gerai tu so aku segan nak snap gambo.. kalo nak beli pegi gerai yg 1st dr traffic light tu.. hmm yummyyyy...



kami balik cuma 1 mlm je.. sebenarnya kepulangan kami masa tu adalah kali terakhir kami berjumpa dgn arwah emak... sedihnya... arghhhh...

Balik Kg (Ogos'06) - Bhg I

dah lama x bukak photobucket.. bila bukak je tadi tgk ada lagi gambo2 masa balik kg dulu.. boleh le tepek kat sini...

setelah mengharungi perjalanan yg jauh selama lebih kurang 6 jam drp ipoh.. sampai la kat tanah tumpah darah aku ni.. sebelum sampai tu stop dulu isi perut.. restoren jentayu kat air hitam ni kira terkenal gak la kat Pt Raja tu.. aku mkn soto & hubby mkn mi rebus...




Ni kampung Usop Sontorian.. korang ingat tak kartun tu? hubby geleng kepala tgk aku snap gambo ni tapi dia sporting.. siap gostan kete sket so dpt la aku cari angle yg ok...



akhirnya sampai ke pekan Pt Raja tempat aku melepak & ronda2 dulu.. sekarang dah berubah, pesat dgn pembangunan.....



inilah kampung ku yg tercinta.. x jauh dr pekan Pt Raja.. berdepan dengan KUiTTHO...


Wednesday, November 22, 2006

Koleksi Key-Chain



aku nak kongsi gambar koleksi key-chain yg aku gantung kat dinding opis ni.. kalau nak tahu key-chain ni dapat drp lecturer2 & kwn2 yg pegi bertugas ke luar perak & oversea.. antaranya ada drp bali, australia, korea (the cute pair of shoes), bandung, langkawi, labuan, sabah & sarawak.. tasbih tu pulak ada lecturer balik umrah bagi.. gelang manik hijau tu x tahu sapa yg bagi.. dtg keje tgk2 ada gelang atas meja.. terima kasih to all.. lenkali belikan la lagi ek..

Monday, November 20, 2006

Tempahan Kek


kiri : kek coklat kukus
kanan : marble choc cheese cake
minggu ni buat 2 biji kek kawan tempah.. kek coklat kukus & kek marble choc cheese.. boleh la jamu mata tgk kek yang dah dikerastangankan ni.. aku belum pass lagi buat topping.. then peralatan pun x cukup.. InsyaAllah.. pasni aku cuba praktis lagi..

Friday, November 17, 2006

Wajah-Wajah Ammar Razzin

Yang comel, montel, cute dan menjadi rebutan.. majlis potong jambul akan diadakan esok, 18 Nov. 2006 di Parit Raja...




Kek Prune Kukus

ni nak habaq mai.. kawan aku yg sorang ni suka sgt ngan kek prune kukus ni.. resepinya hasil sumbangan drp leen kat cari.com.. semalam dok marah2 aku kenapa tak tepek gambo kek tu kat sini.. dia ni cerewet sket.. kalu tempah tu nak kurang gula la.. kurang susu la.. so bila buat kek ni utk dia kena sukat la gula & susu betul2..


haaa Puan Norhazalila.. gambo dah pun ditepek.. silakan la tenung-tenung.. jeling-jeling.. pastu kalu terliur habaq mai ek.. tempah la kat teman..

Friday, November 10, 2006

Anak Saudara Tersayang

3 Abdul


Arman Haziq, Adam Ruzain & Ammar Razzin



Dari kiri : Atiqa Nur Najwa, Boy, Jazlin Nasuha, Nurul Izzah & Hazirah

Duduk : Najwin & Anis

Kalau nak citer pasal anak sedara mmg tak habis2.. ada 27 orang.. bayangkan kalau semua balik.. mcm nak runtuh rumah.. anak adik aku 3 org sumer lelaki.. 3 Abdul la tu.. pantang bukak tv asyik nak tgk cartoon je.. smpai naik hafal citer cartoon tu.. yg no. 3, si comel Ammar lom pandai apa2 lagi.. karang dah besar join-venture la ngan 2 abdul lg tu agaknya.. yg dalam gambar tu sebahagian drp anak sedara perempuan.. kecik2 dah pandai melaram semuanya.. moga2 semua bila besar nanti akan menjadi insan yang berbakti kepada agama & bangsa..

Selamat Pengantin Baru Boy


26 Ogos 2006 yang lalu anak sedara aku naik pelamin.. Saibirul Iqbal b. Saiful Bazli (Boy) bertemu jodoh ngan Nurul Izzah.. waaaa muka bini cam sarah raisuddin youuu.. semoga rumahtangga nya berkekalan hingga ke akhir hayat..


Kek Coklat Kukus

Raya tahun ni pecah rekod.. aku dapat tempahan kek coklat ni smpai 7 biji.. waaa gabra nak buat ni.. tp muhasabah diri.. YAKIN BOLEH!!.. kwn pulak suh letak topping.. aku x belajo lagi camno nak wat topping.. akhirnya terhasillah kerastangan ni.. kelako la pulak.. x pe la.. janji rasanya kebaboooommmm...

Marble Choc Cheese Cake



5 Nov. 2006.. dlm penat2 pas gi padang teringat plak cheese cream dah nak xpired dalam fridge.. gi godeh2 buku resepi jumpa plak resepi marble choc cheese cake sumbangan roylazim drp cari.com.. apa lagi kayuh cam nak rak.. akhirnya jadi jugak kek ni.. bwk gi opis sket.. terus ada kwn tempah.. aminnn.. murah rezeki..


Hari Minggu Yang Sibuk..


4 & 5 Nov. 2006 hari paling sibuk dlm dunia.. smpai je dari tg malim terus buat piza 3kg utk dijual kat Expo Belia di Padang Bandaraya Ipoh.. seharian dok kat padang... sambutan Alhamdulillah menggalakkan.. abang jaga gerai smpai malam.. aku balik umah dan buat lagi piza 2kg.. hari ahad aku cuma tolong susun2 barang je.. cik abang yg jual smpai ptg.. aku dah penat tahap nak pengsan...


tengok le gambo cik abang posing depan gerai ni..

Selamat Hari Raya..

Rasa-rasanya tak terlambat nak mengucapkan Selamat Hari Raya kepada keluarga dan kawan-kawan.. Sesungguhnya raya tahun ini amat tidak bermakna bagi diri aku & keluarga apabila kehilangan mak tersayang pada 7 Oktober 2006, 14 Ramadhan 1427H secara mengejut.. hanya 10 hari sebelum hari lahirku.. dan kira-kira 2 minggu sebelum seluruh umat Islam menyambut kedatangan Syawal..

Pemergian mak merenggut kegembiraan untuk menyambut raya.. dan sekaligus membuatkan kami sekeluarga terpinga-pinga.. masih tergiang-giang suara mak di telinga.. masih terbayang-bayang wajah tulus mak di ruangan mata.. jika selalunya mak yang sibuk mengarahkan kami membuat persiapan itu ini.. tetapi tahun ini hanya kesepian yang membelenggu.. hanya bacaan Al-Fatihah dapat ku hadiahkan kepada mak bila kerinduan ini semakin mencengkam..

Tidak pernah tergambarkan di mindaku yang pada tahun ini hanya pusara mak yg dapat aku kunjungi.. tetapi siapakah yang dapat menolak takdir ini? Pemergian mak pada bulan Ramadhan Al-Mubarak menenangkan hatiku dan aku bersyukur mak di antara hamba Allah yang terpilih untuk bertemu Nya di dalam bulan yang penuh keberkatan ini. Semoga roh mak ditempatkan di antara orang yang solehah dan semoga mak aman di sana....

Al-Fatihah...