Showing posts with label kek. Show all posts
Showing posts with label kek. Show all posts

Tuesday, February 17, 2009

kek coklat.. kek carrot..

hari ahad haritu akak buat kek coklat & kek carrot yg kwn hb akak order.. deco ikut kerastangan & suka-suka hati akak je...

Tuesday, October 21, 2008

Carrot Cake & Marble Choc Chiscake

hari ahad akak sebok sgt buat kek.. 1 buku carrot cake & 1 buku marble choc chiscake utk jamuan opis hb akak hari rabu ni.. pastu member opis hb ada order chocholate cake moist.. so akak buatkan je choc cake kukus..

marble choc chiscake yg dah dikerastangankan..
carrot cake... before...
carrot cake... after..

jenuh la nak mendecorate cake ni.. maklum akak ni bukannya berseni.. buat kerastangan tu boleh le.. last2 buat pattern simple je.. ahhh boleh la labuuuu...


Tuesday, March 4, 2008

Kek Batik

lebihan biskut marie buat chiskek tu.. aku buat kek batik plak hari ahad lepas.. memula tanya resepi kat my friend, liza.. tp resepi dia guna milo.. so aku cari plak resepi lain yg guna serbuk koko sbb malas nak gi kedai semata2 nak beli milo.. resepinya...

Kek Batik (credit to Maklang cari.com)

400 gram biskut marie - biskut aku x smpai 400 gm pun
4 biji telur - aku guna 2 biji
1 1/2 cwn gula - aku letak 3/4 cwn.. pun rasa manis gak
1 buku butter - aku guna 1/2 buku je
3/4 cwn serbuk koko
1/2 cwn air - aku kurangkan air sikit

Cara-Cara:-
1. Pecahkan telur dan masukkan gula. Kacau hingga kembang.
2. Masukkan butter dan kacau lagi.
3. Masukkan serbuk koko dan tambah air. Kacau lagi.
4. Letak atas dapur dan kacau selalu.
5. Last sekali, masukkan biskut dan biar sampai kembang. Kacau sebati.
6. Masukkan ke dlm bekas & tekan2 sikit. Sejukkan dlm fridge.

Chilled Peach Cheescake

last 2 weeks buat chilled peach cheesecake khas utk hb tersayang sbb rasa bersalah sgt terlupa besday dia.. ekceli dia kata lebih suka yg chilled drp yg baked.. so here it is.. cuma bhg atasnya tu hb suh letak 2 buku cheese cream.. rasanya lemak sesangat... bagi cheese lovers x muak la kot.. sbb bwk gi opis depa kata hmmm sedapppp... sedapppp... huhuhu...

Monday, September 3, 2007

Marble Choc Cheese Cake


masih togel lagi..

taraaaa.. dah siap dikerastangankan..

siap masuk dlm kotak...

pagi ahad buat kek yg kawan tempah pulak.. marble choc cheese cake.. ptg buat piza.. mlm kul 10 baru buatkan topping.. simple je..

Monday, August 27, 2007

Tempahan Kek Yogurt


kiri : dah ready nak masuk dlm oven..
kanan : ni kek yg ke-2.. x letak badam..

kek yg mula2 buat.. letak badam kat atasnya..
tapi sekali dah masak badamnya berkumpul kat tengah..
apa ke heinyaaaa...

aktiviti hari ahad... buat kek yogurt yg kawan tempah.. kul 4 pm start buat.. kul 1 am baru siap gitu.. hmm harini x de idea nak membebel apa.. biasalah.. monday blues...

Monday, August 6, 2007

Kek Yogurt


baru kuar dr oven.. panasss... panass...


dah potong.. sedapppp... sedapppp...

mlm sabtu haritu cuba buat kek yogurt ni.. resepi drp cari.com... sedap gak.. makin lama makin moist.. ingatkan nak letak badam.. tp masa dah ready nak buat tu tgk2 badam dah expired plak.. so taburkan je coklat rice kat dlm kek tu.. sedap gak kek ni.. ibu mentuaku pun kata sedap.. cuma agak manis walaupun dah reduce gula drp 2 cwn kat resepi tu jadi 1 cwn.. lenkali nak buat kena reduce sikit lagi.. yogurt pulak aku guna yogurt dutch lady perisa blueberry.. guna 2 cwn yg kecik 150ml tu..

ni resepinya...

Bahan-Bahan:-

6 biji telur
1 cwn gula halus
250gm butter
2 1/2 cwn tepung - diayak
3/4 cwn @ 2 cwn kecil yogurt blueberry 150ml
Hirisan badam - untuk hiasan
Secubit garam

Cara-Cara:-

1. Asingkan kuning telur dgn putih telur.
2. Pukul putih telur hingga betul2 kembang dan ketepikan.
3. Pukul butter & gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
4. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi, yogurt & tepung.
5. Kacau & tambah garam. (guna senduk je ni).
6. Tuang dalam acuan, taburkan badam & bakar sehingga masak.

* Boleh guna sebarang perisa yogurt.
* Tepung tu aku guna tepung naik sendiri blue key... kalau guna tepung gandum biasa jangan lupa letak baking powder ye..

Monday, November 20, 2006

Tempahan Kek


kiri : kek coklat kukus
kanan : marble choc cheese cake
minggu ni buat 2 biji kek kawan tempah.. kek coklat kukus & kek marble choc cheese.. boleh la jamu mata tgk kek yang dah dikerastangankan ni.. aku belum pass lagi buat topping.. then peralatan pun x cukup.. InsyaAllah.. pasni aku cuba praktis lagi..

Friday, November 17, 2006

Kek Prune Kukus

ni nak habaq mai.. kawan aku yg sorang ni suka sgt ngan kek prune kukus ni.. resepinya hasil sumbangan drp leen kat cari.com.. semalam dok marah2 aku kenapa tak tepek gambo kek tu kat sini.. dia ni cerewet sket.. kalu tempah tu nak kurang gula la.. kurang susu la.. so bila buat kek ni utk dia kena sukat la gula & susu betul2..


haaa Puan Norhazalila.. gambo dah pun ditepek.. silakan la tenung-tenung.. jeling-jeling.. pastu kalu terliur habaq mai ek.. tempah la kat teman..

Friday, November 10, 2006

Kek Coklat Kukus

Raya tahun ni pecah rekod.. aku dapat tempahan kek coklat ni smpai 7 biji.. waaa gabra nak buat ni.. tp muhasabah diri.. YAKIN BOLEH!!.. kwn pulak suh letak topping.. aku x belajo lagi camno nak wat topping.. akhirnya terhasillah kerastangan ni.. kelako la pulak.. x pe la.. janji rasanya kebaboooommmm...

Marble Choc Cheese Cake



5 Nov. 2006.. dlm penat2 pas gi padang teringat plak cheese cream dah nak xpired dalam fridge.. gi godeh2 buku resepi jumpa plak resepi marble choc cheese cake sumbangan roylazim drp cari.com.. apa lagi kayuh cam nak rak.. akhirnya jadi jugak kek ni.. bwk gi opis sket.. terus ada kwn tempah.. aminnn.. murah rezeki..