Wednesday, December 20, 2006

Ayah & Ibu

masa aku pegi kursus bitara kat PD.. pada hari ke-3, selasa tu, 5 Disember 2006.. sebelum keluar lunch.. facilitator kami, encik sulaiman sarkawi suruh kami pegang tgn beramai2 & nyanyi lagu ni.. tapi aku x boleh nyanyi.. dengar muzik permulaan je airmata aku berderai2.. untuk kwn2 yg baca blog ni.. hayatilah lirik lagu ni.. hargailah ayah & ibu korang.. sayangilah mereka.. bila mereka dah x de lg di dunia ini.. barulah kita sedar.. banyak jasa & kasih sayang mereka yang x mampu & belum kita balas..

Ayah dan Ibu - Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapat melihat bulan dan matahari
Ahai..

Yang dikurniakan dari Illahi
Ahai..
Ayah dan ibulah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat
Ahai...
Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup
Supaya hidup kita akan selamat

ada satu lagi lagu yg aku x boleh dengar.. tp liriknya menginsafkan kita semua.. baru2 ni aku terdengar lagu ni kat radio era.. tak tertahan2 airmata aku.. teresak2 aku menangis sorang.. semoga emak ampunkan dosa2 aku terhadapnya..

Untuk Mu Ibu - Exists

Oh ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Diibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Ku buktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Ku curahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Ku renungkan kalimah yg diberi

Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih-kekasih Mu
Oh Ibu kau kasih sejati
Ku taburkan doa untukmu ibu

Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu ibu
Kini aku hilang tempat mengadu

Saat ini kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu
Ibu....

Selamat Hari Raya AidilAdha

aku ucapkan selamat menyambut raya korban... aku tak rasa nak raya pun.. kampung pun tgh banjir.. nampaknya balik kg raya ni cuma dpt tgk kubur mak & bapak aku je la.. sedihnya.. rindu sgt2 kat mak & bapak.. plan awal dulu x balik raya haji ni.. tp sbb kakak2 nak buat kenduri arwah.. so aku balik jugak la..

musim2 banjir ni.. aku asyik teringat.. macamana lah keadaan kubur mak & bapak kalau kawasan kubur tu banjir.. mudah2an Allah melindungi arwah mak & bapak.. mudah2an kubur mak & bapak dilapangkan... Al-Fatihah...

Wednesday, December 13, 2006

Wajah terbaru Ammar Razzin


gambar terbaru pada hari Jumaat, 8 Disember 2006.. dah semakin bijak & montel.. x lama lagi dah boleh merangkak.. tapi rambut tara juga...muahhh muahhh cayangggg diaaa...

Tuesday, December 12, 2006

Gambar Zul & Odah...



gambar merpati dua tiga empat joli.. zul & odah.. semoga berkekalan hingga ke jinjang pelamin.. aminnn..


Barang Hantaran Zul & Odah

Ni dia barang2 hantaran zul.. hasil kerastangan mak-mak sedara.. 7 dulang semuanya...







dayang-dayang yg bawa hantaran pihak lelaki..
maaf la anak2 sedara ku sekelian.. gambo gelap la pulak..



dari kiri.. sarah, nabila, balqis & ct...



dari kiri.. ct, balqis, nabila, sarah, diana & kak ella..
sumer single2 lagi.. (kecuali kak ella.. hehe)..
kalo ada yg berminat email aku ye...

ni pulak barang hantaran dari odah...





Sekitar majlis pertunangan Zulfadhli...

Sabtu, 9 Disember 2006, kami semua berangkat ke Kuantan, Pahang menyertai rombongan pertunangan anak saudara kami, Zulfadli bin Hair Anwar.. nama tunangnya Saodah (Odah).. ada yg kata rupanya cam Salima AF la pulak.. majlis perkahwinan, InsyaAllah akan diadakan pada tahun 2007... tahun depan la tu...



kakak kami yg sulung, Tumisah tgh sarungkan cincin merisik & bertunang..



Odah dan bakal mak mentua.. Wahijah...



Odah bersama ahli rombongan pihak lelaki..
Dari kiri.. ariff, midon, abg uda (bakal pak mentua), odah & husin



pesal muka semacam je ni.. sumer dah kebas kaki ke.. hehehe...



bakal mak sedara pun x boleh kalah..
nak jugak amek gambo ngan Odah..

glamer Odah ni.. dari kiri.. nora, rubiah, odah & meg..
Odah.. jangan risau.. jap lagi badan odah pun jadi cam kitorang gak.. hehe..

Besday Nora.. (Adik)..

Dalam kesedihan tu pada 7 Disember 2006, sempat jugak sambut besday adik aku - Norhasekin yang ke 31.. ni hubbynyer - Hamidon yg buat surprise..



chewahhh.. kek x boleh kalah tuuu.. fhewittt...



main suap-suap pulak dahhhhh... romantik la kononnya ni...



masing-masing dah x sabar.. nak tolong tiup lilin... anis & najwa kat depan..





sabo.. sabo.. sebelum makan baca doa dulu..
gambar bawah tu dr kiri.. diana, kak ella & mak yah..





makan timeee... sumer hulur pinggan..



simpang siur tangan...

Bapa Kembali Ke Rahmatullah

belum hilang rasa sedih kerana kehilangan ibu tersayang.. kini kami kehilangan bapa pula yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari selasa, 5 Disember 2006 jam 9.25 malam.. pemergian bapa bersamaan dengan genap 60 hari pemergian ibu.. inilah yang dikatakan sehati sejiwa sehidup semati.. mungkin ibu memang menunggu kedatangan bapa di sana..

tidak seperti semasa kematian ibu tempohari yang tidak kami duga.. kami lebih bersedia menghadapi pemergian bapa memandangkan bapa dah lama uzur & sakit tua.. namun kesedihan kami tetap sama seperti semasa kehilangan ibu.. dalam masa 2 bulan kami kehilangan kedua-dua ibu & bapa.. namun kami terpaksa redha dan berdoa semoga roh arwah ibu & bapa aman dan tenang di sana...

Al-Fatihah......