Tuesday, December 12, 2006

Bapa Kembali Ke Rahmatullah

belum hilang rasa sedih kerana kehilangan ibu tersayang.. kini kami kehilangan bapa pula yang telah kembali ke Rahmatullah pada hari selasa, 5 Disember 2006 jam 9.25 malam.. pemergian bapa bersamaan dengan genap 60 hari pemergian ibu.. inilah yang dikatakan sehati sejiwa sehidup semati.. mungkin ibu memang menunggu kedatangan bapa di sana..

tidak seperti semasa kematian ibu tempohari yang tidak kami duga.. kami lebih bersedia menghadapi pemergian bapa memandangkan bapa dah lama uzur & sakit tua.. namun kesedihan kami tetap sama seperti semasa kehilangan ibu.. dalam masa 2 bulan kami kehilangan kedua-dua ibu & bapa.. namun kami terpaksa redha dan berdoa semoga roh arwah ibu & bapa aman dan tenang di sana...

Al-Fatihah......

No comments: