semalam rasa teringin sangat nak mkn bubur.. cari2 resepi dlm forum terjumpa plak resipi bubur ayam sumbangan daripada bebeh... apa lagi.. blk keje semalam terus cari bahan2 kat TF...
sedap bubur nih.. rasa mcm bubur McD pulak.. tapi kalau nak mkn sorang kena kurangkan jumlah beras tu ye.. akak buat lauk telur masin je sbb dah penat sgt.. dah x sabo nak mamam...
Bubur Ayam (Bebeh)
Bahan-bahan:-
Isi Ayam (direbus dan disiat-siat)
1 cawan beras - bersihkan
1 inci halia
1 biji bawang merah
1 biji bawang putih
1 batang carrot - potong mcm lidi/dadu
Sedikit daun bawang
Sedikit garam
Sedikit lada sulah
Cara-cara:-
1. Tumbuk halus bawang putih, bawang merah dan halia. Panaskan minyak dan tumis hingga wangi.
2. Masukkan beras dan gaul hingga sebati. Masukkan air dan didihkan sehingga separuh masak.
3. Masukkan ayam, garam dan lada sulah. Kacau rata.
4. Apabila nasi hampir pecah, masukkan carrot. Tambah air jika kering. Masukkan juga air rebusan ayam.
5. Didihkan sehingga bubur pekat dengan api kecil.
** Kalau nak pedas taburkan lada sulah di atas hidangan dan hiaskan dengan daun bawang.
Wednesday, July 9, 2008
Bubur Ayam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment