Friday, April 10, 2009

Dari Mata Arissa (DMA)

okeee... sapa yg tengok drama Dari Mata Arissa (DMA) ni.. sila angkat jari... hua hua hua...

rugi sapa x tengok.. best gile ni.. utk org2 yg gila novel cam akak la.. cuma waktu siarannya x sesuai gitu.. kul 11.30 am kat TV2 hari isnin - khamis.. so sapa2 yg ada tv kat opis.. pehtu boss x de.. boleh la melanguk depan tv tengok cite ni..

klau tertinggal x pe.. bleh tengok kat web rtm.. ataupun kat youtube pun dah ada org upload.. heronya syed aiman.. hb linda rafar... heroinnya ayu raudhah... best sgt la chemistry diorang ni.. akak terus terminat ayu raudhah gitu.. padahal sebelum ni x de la minat sgt...

ayu raudhah (arissa) & syed aiman (akif zamani)

so ni review cite ni yg akak amek drp forum cari.com... citer ni diadaptasi drp novel Kau Sayangku oleh Bikash Nur Idris.. skang ni klau cari novel ni kat kedai buku mmg dah x de.. tp dgr citenya Alaf21 tengah ulang cetak... hoyehh hoyehh...


Sinopsis:

KAU SAYANGKU mengisahkan seorang gadis yang pada zahirnya seorang yang periang, tapi di sebalik gelak ketawa, senda guraunya, tersimpan satu kisah yang agak pahit untuk ditelan. Adik kembarnya telah pergi bersama cinta yang tidak kesampaian dan keluarganya telah dibenci oleh ibu saudaranya sendiri.

Kehadiran Eddy Sham dan Akif Zamani telah mengocak jiwa remaja Arisa. Kedua-duanya mempunyai personaliti yang menarik dan berkarisma. Mereka mempunyai impian yang sama iaitu ingin memberi dan menerima cinta. Tapi sayang... satu hati hanya berhak untuk satu jiwa. Lantaran, Eddy Sham terpaksa mengalah dan membiarkan Akif zamani meraikan kemenangan cintanya. Sayang sekali... di saat cinta sampai ke puncak, sesuatu yang tidak diingini terjadi. Redhakah Akif menerimanya? Berjayakah Arisa mempertahankan cinta sedangkan nasib cintanya di tangan orang lain?

tengok jangan x tengok..

2 comments:

ezzah said...

kak, sy tgk drama ni! best sgt2! tp, nk tanya, mana akak dpt gambar yg sweet ni ek? ni scene bila ek? mcm x de lg scene yg ni.. tp, sweet sgt2lah!

meg said...

gambo tu akak amek kat forum cari la.. mmg x de kuar kat drama lagi pun.. heheh