Monday, December 17, 2012

Blog yang berkubur...

haha.. seram tak tajuk tu.. dah berkubur pun blog ni... lama betul tak blogging.. banyak cerita tp rasa malas pulaknya nak update kat sini..

berita terkini akak baru 3 minggu bertugas di jabatan baru.. masih di institusi yang sama.. cuma berpindah jabatan.. memula mcm culture shocked (mati la mcm la pindah ke obersee ek.. ) bukan apa.. dulu masa bertugas di Fakulti.. staf ramai.. staf pentadbiran + staf akademik = berpuluh2 org.. ate.. tetiba dtg kat jabatan staf pentadbiran cuma 5 org jek termasuk akak..

kat jabatan baru ni boss akak 2 orang.. tp boss yg sorang tu jarang2 msk opis.. kecuali hari ada class.. atau ada mesy barulah dia masuk.. boss yg sorang tu datuk wira... yg sorang lagi tan sri.. kelasss tak akak..

sebab2 berpindah biarlah rahsia.. org bukan paham masalah kita.. kita pun x paham masalah org.. kecuali kita ada pengalaman yg sama ngan org tu.. wpun jujur cakap ada sikit rasa kecik hati tp biarlah.. biarlah org buat kat kita jgn kita buat kat org.. (sila speku...)

perkembangan yg lain.. (selain drp badan yg makin kembang).. zahra dah 3 tahun.. buas yg amat.. bila weekend je mesti fenin2 lalat kat umah.. klau keje 7 hari seminggu pun x pe rasanya.. aman je dok opis.. mulutnya pot pet bla bla bla.. mcm orang tua.. (menurun drp atoknya kot).. tapi dia la sorang racun & penawar.. bila dia x de sunyi pulak..

oh ya.. rumah kat ipoh tu maybe tak jadi nak dibuat homestay.. sbb akak tgk ada yg dah nak menempah kat bawah tu.. rumah tu byk sgt nak direpair.. bajet nak psg econ je smpai 7k.. so family belah hb dah meeting utk jual je umah tu.. sekarang tgh proses penilaian.. x tau lg la nak dijual berapa..


masa nak check-out hotel de art, seksyen 7, shah alam - 16 Dis 2012..





kat atas ni gambar2 terbaru zahra.. snap semalam kat umah kakak ipar.. bila bergambar mesti nak buat peace tu smpai x nmpak muka dia..

oke.. tu je nak membebel.. byk lagi nak bebel.. kat jab baru ni kurang sikit keje so boleh la selalu update.. tu pun klau x dilanda angin kemalasan.. hahaha.. babaiii..

No comments: