fuhh lamanya x buka blog.. masa banyak tapi mood ke laut antartika.. baru perasan perdebatan hebat di posting penawar penyakit buah pinggang tu.. sorry lambat jwb kpd yg bertanya tu ye.. keadaan suami akak mcm dulu jugak la.. jap ok jap tak ok.. kita dgr ubat itu ubat ini.. semua nak cuba mana tau berkesan kan.. mahal pun sanggup beli klau berkesan.. tapi dah katanya ditipu pulak.. kenapa jadi mcm ni?? ini lah kerja manusia yg tak bertanggungjawab dan tak menghargai nyawa orang lain.. hidup dgn duit hasil penipuan.. bagi makan kat keluarga dengan hasil duit haram.. tapi tak pe lah.. biarlah Allah sahaja yg membalasnya..
so apa yg akak buat sepanjang tempoh bertapa? macam2 uols.. mcm2 urusan kena buat.. yg tak best malas la nak citer.. kita citer psl yg best2 jek..
Alhamdulillah.. urusan beli umah dah settle.. dapo dah besarkan sket.. dapo asal kecik bebeno nak masuk dapo berjemaah pun berlaga2 punggung.. nnti akak tepek gambo ek..
zahra pulak dah sekolah.. akak masukkan ke tadika kemas.. 1st week bersemangat kul 6 am dah bangun.. ni dah sebulan mula lah meragam x nak sekolah.. agaknya sbb cuti raya cina lama haritu.. mcm pagi tadi la dia meragam tak nak bangun.. lmbat sgt uruskan dia.. selalunya kul 7.30 paling lambat kuar umah.. tapi pagi tadi kuar umah kul 7.40.. tak pasal2 jadi minah rempit.. nsb baik akak dok kampung je tak de jem.. klau dok KL jwbnya EL la tadi kot..
apa lagi yg best?? macam dah tak de je.. hahaha.. poyo je kan.. oh ya nak ucapkan selamat bertunang buat anak sedara akak.. beb dgn aweknya azila.. beb tu nama betul amirul ashraf tapi smpai ke sudah panggil beb.. klau ikut omputih patutnya babe.. semoga berkekalan smpai ke jinjang pelamin dan seterusnya smpai ke akhir hayat.. aminnnn...
ok tu je utk comeback kali ni (mcm retis pulak).. baru nak buat karangan dah kul 5 pulak.. ok jumpa lagi.. babai...
Wednesday, February 5, 2014
kembali di tahun 2014
Posted by meg at 8:48 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment