raya dah abes.. tp baru terkedek2 nak wat n3 raya.. saja nak citer psl open house yg akak buat pd 17/8 haritu.. memula tu akak x de mood nak buat open house... tiap2 thn buat mcm letih pulak.. lagi2 tak de org nak tlg.. wpun ada makanan yg ode je.. tp yg kena masak sendiri ada gak.. nak masak tu x pe la cuma letih bila urusan membeli belah brg2 + pegi pasar sume kita yg buat.. letih gak kuar masuk keta kan..
bila akak kata x pyh buat open house thn ni hb mcm setuju.. sekali akak kat opis hb call kata dah buat keputusan nak buat gak.. klau x buat open house x de org dtg umah katanya.. pstu memula nak ode laksa penang & roti jala.. sekali tu org roti jala x bleh buat sbb blk kampung.. aduhh... hb suggest akak masak spageti... alaaa.. letihnyaaaa...
fikir punya fikir.. dpt idea masak soto ayam.. kuah soto tu bleh dipelbagaikan.. celur bihun jadi bihun soto.. celur kuetiau jadi kuetiau soto..genius tak akak.. hehehe.. tp wpun ada bahan2 yang dah disiapkan awal sehari.. namun pagi2 hari kejadian tu akak kena kuar gak pi beli ais.. balik umah tgk taugeh blom celur.. daun sup blom potong.. air blom buat.. buah blom potong gak.. nak kemas umah lagi.. siapkan meja utk juadah lagi.. nak mandikan anak lagi... mcm2 lagi lahhh.. arghhhhhhhhhhh smpai tuan umah x sempat tuko baju raya uols.. 1st tetamu smpai tuan umah tgh berpeluh2 x cukup napas...
apa2 pun.. majlis dah selamat diadakan.. ramai sedara mara adik beradik belah hb yg dtg.. family belah akak jauh2 tp kakak yg dok bangi ada dtg jadi wakil katanya...jiran2 ramai x de sume pi beraya jauh2.. kita faham la kan hari raya mesti nak pi beraya.. tima kaceh kat anak2 sedara hb yg tlg kemas pas open house tu... fuhh lega sikit ada org tolong kan..
ok jom tgk gambo.. sikit je gambarnya sbb sibuk berborak...
Friday, August 29, 2014
Open House 17/8/2014
Posted by
meg
at
10:04 AM
0
comments
Friday, August 8, 2014
Laksa Goreng
selama ni akak mmg tak tahu laksa ni boleh digoreng.. selalunya kalau ada mi laksa lebih tu akak buang je.. dok dlm fridge 2-3 hari dah keras kejung x tau nak buat apa.. nak buat kuahnya lagi malas.. (asyik malas je x pernahnya rajin)..
baru2 ni gugel resepi tapi masih x konfiden nak buat.. smpai le hari isnin haritu akak beli bfast kat medan selera tg malim.. pembantu kedai sibuk kata ada menu baru laksa goreng.. akak dah excited ni.. sekali laksanya tertinggal kat umah tuan kedai pulak.. tuan kedai janji nak bwk esoknya (selasa).. so hari selasa tu dengan semangat membara akak pi terjah kedai tu lagi.. nasib baik ada..
tengok kat bawah ni..
nampak sedap kannn.. memang sedappp... maybe sbb tuan kedai mmg terer masak.. klau akak yg masak x tau la rasanya camne.. akak rasa mcm mi goreng je cuma tekstur mi tu licin gitu..so lenkali klau ada mi laksa lebih boleh le digoreng mcm ni...
ok.. lenkali update lagi..
Posted by
meg
at
1:43 PM
0
comments
Selamat Hari Raya Aidilfitri
blog apakah ini? ini namanya blog yg dah berkubo.. kubo pulak x bertanda.. gituh... ada ke org dtg lagi ni.. x de pun x pe lah.. biar lah daku syok sendiri je.. kuikuikui..
raya tahun ni & tahun2 mendatang akak balik johor.. sbb umah ipoh dah dijual.. dah x de sistem gilir2.. sukaaaa hati akak ni... tp blk johor tu ikut keadaan kesihatan hb akak lah.. klau dia ok dok lama2 dlm keta tu boleh le balik.. maklum le.. balik johor tu mau dok 4-5 jam baru smpai.. akak ni drive 110km/j je dik.. takut kena saman gituh.. tp kali ni balik raya paling best sbb x jem langsung kat seremban tu.. klau tiap2 thn camni kan best..
tahun ni zahra baru tau erti raya.. klau dulu dia ikut je.. balik kampung balik leee.. org bg duit raya amekk.. tp tahun ni dr bulan puasa lagi dah sebok tanya bila nak raya.. beli baju raya.. kasut raya.. excited nak balik kampung johor katanya.. sana ramai sepupu2 pompuan yg bleh layan dia.. klau belah family hb sume dah besar2.. nak layan budak pun malas..
ok.. selamat hari raya uols.. maaf zahir & batin....
Posted by
meg
at
1:36 PM
1 comments
Wednesday, February 5, 2014
kembali di tahun 2014
fuhh lamanya x buka blog.. masa banyak tapi mood ke laut antartika.. baru perasan perdebatan hebat di posting penawar penyakit buah pinggang tu.. sorry lambat jwb kpd yg bertanya tu ye.. keadaan suami akak mcm dulu jugak la.. jap ok jap tak ok.. kita dgr ubat itu ubat ini.. semua nak cuba mana tau berkesan kan.. mahal pun sanggup beli klau berkesan.. tapi dah katanya ditipu pulak.. kenapa jadi mcm ni?? ini lah kerja manusia yg tak bertanggungjawab dan tak menghargai nyawa orang lain.. hidup dgn duit hasil penipuan.. bagi makan kat keluarga dengan hasil duit haram.. tapi tak pe lah.. biarlah Allah sahaja yg membalasnya..
so apa yg akak buat sepanjang tempoh bertapa? macam2 uols.. mcm2 urusan kena buat.. yg tak best malas la nak citer.. kita citer psl yg best2 jek..
Alhamdulillah.. urusan beli umah dah settle.. dapo dah besarkan sket.. dapo asal kecik bebeno nak masuk dapo berjemaah pun berlaga2 punggung.. nnti akak tepek gambo ek..
zahra pulak dah sekolah.. akak masukkan ke tadika kemas.. 1st week bersemangat kul 6 am dah bangun.. ni dah sebulan mula lah meragam x nak sekolah.. agaknya sbb cuti raya cina lama haritu.. mcm pagi tadi la dia meragam tak nak bangun.. lmbat sgt uruskan dia.. selalunya kul 7.30 paling lambat kuar umah.. tapi pagi tadi kuar umah kul 7.40.. tak pasal2 jadi minah rempit.. nsb baik akak dok kampung je tak de jem.. klau dok KL jwbnya EL la tadi kot..
apa lagi yg best?? macam dah tak de je.. hahaha.. poyo je kan.. oh ya nak ucapkan selamat bertunang buat anak sedara akak.. beb dgn aweknya azila.. beb tu nama betul amirul ashraf tapi smpai ke sudah panggil beb.. klau ikut omputih patutnya babe.. semoga berkekalan smpai ke jinjang pelamin dan seterusnya smpai ke akhir hayat.. aminnnn...
ok tu je utk comeback kali ni (mcm retis pulak).. baru nak buat karangan dah kul 5 pulak.. ok jumpa lagi.. babai...
Posted by
meg
at
8:48 AM
0
comments
Wednesday, July 24, 2013
Salam Ramadhan
Assalamualaikum... selamat berpuasa semua.. tu dia.. dah 15 Ramadhan baru nak wish kan.. apa nak buek.. mood blogging dah ke laut..
semalam & hari ini bumi tanjong malim diselaputi jerebu lagi... sapa lahhh yg rajin sgt bako hutan tu kan.. tp aktiviti tetap diteruskan mcm biasa.. doa byk2 semoga tak dijangkiti apa2 penyakit akibat jerebu nih..
oh ya.. tahun ni akak beraya kat johor.. yipppiieeee... gumbira sangat.. mintak2 hb akak sihat la nak travel jauh2 nnti.. akak dah 3 thn tak balik kampung tau.. bukan je raya.. hari2 cuti biasa pun tak balik.. wpun mak bapak dah tak de tp rindu gak kat kampung kan..
zahra pun sebok nak beraya.. bila orang tanya puasa tak?? dia jawab puasaaa.. tapi mulut tengah mengunyah tu.. apa2 pun tahun ni seronok la dia dpt beraya kat kg akak.. sana sepupu sepapatnya ramai.. yg nak melayan dia pun ramai.. last balik raya dulu masa umo dia 1 thn lebih kot.. mana lah tau erti raya kan.. ni balik kali ni dia dah tau beraya.. mesti seronok..
tema baju raya tahun ni coklat mcm thn lepas.. ni sebab nak jimat so hb akak x payah beli baju melayu baru.. baju melayu yg ada pun tak terpakai.. akak pun tempah 2 psg je baju kurung.. yg lebih2 tu untuk zahra je..
ok bertemu lg di lain post.. entah2 terus entry raya.. babai..
Posted by
meg
at
8:32 AM
0
comments
Friday, June 7, 2013
penawar untuk pesakit buah pinggang
Assalamualaikum.. bertemu lagi di petang jumaat yg indah permai.. (boss x de gi indon.. sbb tu indah permai).. hehehe..
harini akak nak berkongsi cerita sikit pasal penawar untuk pesakit buah pinggang.. memula nak bgtau hb akak dah start dialisis bulan 8 thn lepas.. biasanya lepas dialisis tu dia melepek je keletihan.. kesian tau.. dialisis 3x seminggu.. baru nak cergas balik.. dah kena dialisis lagi..
so kebetulan bulan lepas kami pergi berubat ngan sorang ustaz di jalan ketoyong, tg malim.. tp maaf la masa menaip ni mcm blur plak x ingat nama ustaz tu.. tujuan berubat tu bkn psl buah pinggang.. psl lain tp malas nak cerita lah sebabnya tu.. pastu saja tanya2 ustaz tu rawatan secara Islam untuk buah pinggang..
so ustaz suh beli cuka buah.. tp cuka buah islam mcm cuka delima atau cuka kurma.. bukan cuka epal ye.. tu buah omputih.. campur ngan madu.. cuka & madu ni ustaz tu ada jual.. madu yg digunakan ialah madu tualang/habatussauda..
ni gambonya hasil dari pertanyaan ngan pakcik google..
caranya campur 1 sudu cuka + 2 sudu madu.. minum tiap2 malam.. sebelum minum baca Selawat Nabi 3x, Al-Fatihah 1x dan niat dlm hati doa minta Allah sembuhkan penyakit..
hb akak dah amalkan dlm 3 minggu camtu.. Alhamdulillah.. sekarang nmpak dia kuat sikit.. x de la pas dialisis tu melepek je.. nampak segar gitu.. lgpun cara penyediaannya senang.. implikasi terhadap buah pinggangnya tak tahu lagi sbb baru je start amalkan.. tp bila nampak dia kuat & bertenaga tu rasa syukur sgt2.. ustaz pesan suh amalkan dan tawakkal.. InsyaAllah...
itu je nak kongsi harini.. kepada sesiapa yg diduga dgn penyakit tu byk2 bersabar.. setiap penyakit tu ada ubatnya.. cuma kdg2 kita ni yg tak tahu/tak jumpa je.. jgn jemu berikhtiar..
Posted by
meg
at
4:05 PM
102
comments
Tuesday, June 4, 2013
Alhamdulillah... dah siap...
akhirnya siap jugak.. eceli dah lama la psg gate sebelum cuti wesak haritu.. baru tadi ada masa nak snap gambo...
skang nmpak x berseri la x de bunga langsung.. nnti free2 nak gi nursery beli bunga.. bleh letak atas tembok tu...
cuba tengok budak nakal ni...
puas la kena bebel ngan tok nya.. nasib ko la zahra oiii... huhuhu...
Posted by
meg
at
3:28 PM
2
comments












