Tuesday, September 1, 2009

I'M BACKKKK...

wahh gitu.. mcm arnold susahnakeja plak.. I'LL BE BACKKK..

lama kan akak hilang.. mcm2 hal berlaku dlm hidup akak.. namun akak redha dengan ketentuan Illahi.. semua yg berlaku ada hikmahnya..

eceli hb akak masuk spital awal bulan 8 haritu.. hb akak tu ada diebetes.. so dia mmg selalu la ada cam melembung yg ada air bisa kat kaki.. selalunya tu rawat sendiri je.. tapi 3/8 haritu gi check kat klinik konon2 nak check psl gastrik.. tp masa tu la pulak semua penyakit dtg.. ngan demam + kaki bengkak + cirit birit.. pstu doktor suh gi check kat spital sbb byk sgt penyakit...

rentetan peristiwa berumahtangga kat spital..

4/8 - admit hospital tuanku bainun, ipoh.. ward 5A - orthopedik..

masa tu plak melembung tu pecah.. hilang kisah gastrik.. doktor concentrate kat kaki.. biasalah general hospital serba serbi lambat.. dah 2 hari msk ward doktor kata nak operate kaki.. so depa korek la drp bawah ibu jari kaki kiri smpai ke atas kaki..

lbh kurang 3 hari pstu suh kuar & suruh dressing tiap2 hari kat klinik kesihatan..

hari ke-3 cuci.. bukak2 bandage tgk ada ulat.. takot akak tau.. klinik suh admit blk ke GH..

12/8 - masuk blk ward 5A

lambatnya tunggu tindakan.. admit pagi smpai ptg dibiarkan je.. kami dah risau psl ulat2 tu takot makin merebak.. tp doktor kata ulat2 tu x pe.. sbb nnti dia makan tisu2 kaki yg mati.. boleh gitu.. misteri sungguh.. kul 1 am baru la pegi operate...

operate kali ke-2.. luka makin besar.. dok spital 1 mlm dah suh balik.. so pegi cuci ke klinik tiap2 hari..

20/8 - admit hospital pantai puteri, ipoh

jari ke-2 dah hitam (gangren).. kesan drp operate kali ke-2 kat GH menyebabkan kulit kat jari ke-2 hampir tanggal.. doktor kata jari tu dah mati.. so doktor amek keputusan nak potong jari tu.. ibu jari pun dah lebam sket.. doktor kata dia cuba selamatkan ibu jari..

hari jumaat, jam 12.00 tengahari.. hb masuk operation theatre utk potong jari ke-2 tu.. ibu jari selamat x payah potong.. dok sini 5 hari.. bil dah mencecah 7 ribu lebih..

family hb cadangkan masuk kat hukm.. sbb depa sume kat shah alam.. senang la nak melawat2 gitu..

25/8 - hukm

admit kat hukm.. akak drive keta dr ipoh.. hb dok belakang.. smpai spital doktor kata luka x berapa elok sbb kering.. maybe sbb terlalu lama kaki berjuntai dlm keta.. masuk ward 4F..

kat sini x bleh tunggu so akak tido kat umah adik kat sg besi.. pagi esoknya tu hb call dr spital bgtau doktor nak potong kaki paras atas buku lali.. mak terkezut beruk badak monyet semua lah... tensen tul..

org tu boleh jln ko tetiba nak potong kaki dia.. alasannya sbb luka mcm susah nak baik.. so nak elak drp kuman msk dlm badan.. amek keputusan potong kaki.. lain la klau kaki tu dah busuk kan.. dah la doktor datang berombongan.. hb kata smpai nak dekat 20 org dok keliling dia.. bincang2 kat situ x peduli pun perasaan pesakit yang terbaring tu..

elloooooo... ni kaki orang tau.. bukan kayu balak..

depa pun psg tiub kat luka hb tu.. kengkonon cam vacuum la utk sedut air + nanah.. pstu 3 hari baru bleh bukak.. bungkusnya plak ngan plastik.. hari ke-2 psg tiub tu tengok ibu jari hb berair + nanah.. ate.. tiub tu bukan bleh gerak2 nak sedut nanah.. so yg kat jari2 tu camne nak sedut..

masa tu dah plan nak berubat kat luar.. tepon kwn2 tanya tpt berubat tradisional.. kebetulan tok guru abang ipar sepupu hb (thanks to ustaz hadi) bg no tepon pusat perubatan cure4u kat gombak (www.biodiabetes.com).. so ckp ngan doktor nak discharge keesokan hari.. baru lah doktor tu suh nurse bukak balutan plastik tu dan buat dressing biasa.. tgk2 ibu jari dah hitam sebelah..

29/8 - masuk ke Pusat Perubatan Diabetes Cure4U..

mula2 pekerja pak harun kata mungkin ibu jari terpaksa buang.. tp bila pak harun siat kulit yg hitam tu.. dia kata x payah potong sbb jari tu masih berdarah.. lega rasanya.. tp sbb luka hb besar so maybe hb kena duduk kat situ dlm 3 minggu mcm tu...

so mcm tu lah.. sekarang hb sedang dirawat di gombak dan keadaannya semakin pulih.. dah boleh jalan sendiri.. terima kasih byk2 kat pak harun dan pekerja2nya.. pak harun kata org yg sakit lebih teruk drp hb pun boleh baik.. InsyaAllah..

kepada kwn2 yang ada family/sedara mara/kenalan yg sakit diabetes atau hospital nak potong kaki atau apa2 lah.. boleh la dtg ke sini.. pak harun kata syaratnya luka tu masih berdarah sbb bila berdarah tu maknanya daging tu elok lagi.. tp klau dah kronik pun pak harun akan cuba rawat..

tempatnya memang selesa sbb setiap pesakit akan dpt 1 bilik siap econ + katil queen + bilik air.. (eceli bekas hotel..).. selesa sgtlah klau nak tunggu pesakit.. walaupun bayarannya agak mahal (RM2,125 seminggu - termasuk ubat + bilik + 5 kali mkn utk pesakit + 2 kali treatment sehari) tp puashati sbb layanan pun bagus.. setiap kali treatment pekerja akan dtg ke bilik utk jemput pesakit & hantar blk ke bilik lepas tu..

ate.. org yg menunggu nak buat apa pulak?? apa lagi.. membuto lah smpai hb dihantar blk ke bilik.. mcm hanimun lah gitu..

masa melawat pulak bila2 masa.. nk dtg tengah2 mlm buta pun boleh.. x terikat cam hospital.. nak makan kat hujung bangunan ada kedai makan.. ramai pesakit yg spital nk potong kaki dtg buat treatment kat sini..

sapa2 yg nak pegi ni add nyer : Pusat Rawatan Care4U, Suite 113, Pusat Penginapan Anjung Rahmat, Batu 6, Jalan Gombak..

eceli akak ada brosurnya tp akak lupa nak bwk camera... so lenkali la akak tepek..

p/s.. mintak kwn2 doakan semoga hb akak cepat sembuh... terima kasih..

1 comment:

KOALAJEPONG said...

kak meg...sian lak dkt hubby akak....gerun lak ina siap ada ulat lg...patut la org malas nk g spital kan...servis slow...

ina doakan mudah2an hubby akak cpt sembuh k...amin