Tuesday, October 12, 2010

Takdir Illahi

hmm siapa yang tahu takdir yang menanti? siapa yg dpt meramal masa hadapan? wpun dah rasa mcm tak sedap hati dan terasa akan ada sesuatu yg akan terjadi.. namun takdir Illahi tiada siapa yg dpt menghalang..

lama betul akak x masuk blog ni.. rasa mcm nak tutup je.. tp mcm sayang pulak bila teringat susah2 masa buat blog ni dulu.. eceli raya tahun ni telah membuka lembaran baru & merubah perjalanan hidup akak & hb..

mulanya lepas beraya di kampung, kami pergi ke Pusat Rawatan Diabetes Cure4U di gombak untuk memeriksa luka pada kaki kiri hb yg telah dibuang jari tahun lepas.. sambil tu check luka kecil di bawah ibu jari kaki kanan.. luka tu kecillll sgt.. tapi rupa2nya kuman dah merebak di sebelah dalam..

23/9/2010.. pagi hari ke-3 kami duduk di gombak.. hb nmpak sgt tidak sehat dan tetiba dia meracau2.. ptg itu juga dia dikejarkan dgn ambulan ke PPUM, PJ.. semasa di ER, doktor mengesahkan kaki kanan terpaksa dipotong dan kidney pun dah rosak teruk.. kuman drp luka di kaki telah merebak ke seluruh badan.. pada masa itu nyawanya 50-50 ditambah dgn keadaan badan yg sgt lemah..

doktor hanya memberi 2 pilihan:-

i. sekiranya tidak potong kaki kuman akan terus merebak dan membahayakan nyawa.

ii. potong kaki kanan tetapi tetap merbahaya disbbkan keadaan hb yg sgt lemah berkemungkinan jantung tak dpt mengepam semasa opr... namun sekiranya opr berjaya kemungkinan hb akan sihat semula..

keluarga hb & akak menerima saranan doktor utk memotong kaki kanan hb demi menyelamatkan nyawa dia.. hb terus dimasukkan ke ICU kerana keadaan yg sgt kritikal.. sedih sgt tengok keadaan hb yg diselubungi wayar & tube di seluruh badan.. kat dlm ICU 2 hari, hb dibawa ke OT utk opr.. Alhamdulillah.. opr tu cuma memakan masa 1 jam 45 minit dan hb dimskkan ke ICU semula utk rawatan lanjut..

namun begitu hb berada di dalam keadaan koma selama 4 hari.. doktor berbangsa cina yg ada di ICU kata "saya tak tahu kenapa suami puan belum sedar lagi".. akak tanya "keadaan dia camne?".. doktor tu ckp "not good"...

arghhh doktor ni pun bkn tahu nak sedapkan hati kita.. nsb baik nurse kata ada org lagi lama koma lepas opr.. ikut keadaan badan seseorang.. betul juga kata nurse tu sbb lepas tu hb pun sedar.. wpun lemah tp dia kenal semua org2 yg dtg melawat..

namun hb tak tahu lagi tentang kaki kanan yg dah dipotong.. dr segi psikologi dia masih terasa kaki tu ada lagi.. sampailah dia dimasukkan ke dlm ward 8TD PPUM.. akak berulang dari rumah kakak ipar di shah alam dan tidur di ward.. zahra plak akak tumpangkan kat rumah adik di Kem Sg Besi.. lama juga kami terpisah mcm tu.. masa tu rindu sgt2 kat zahra tak tau nak ckp camne..

bila hb suruh urut kaki kanan.. akak urut.. tp bila dia suruh urut ke bawah lagi..ke bawah lagi kat ibu jari.. akak terus cerita psl lain.. smpai satu mlm tu hb tanya camne kaki dia & suruh akak ckp betul2.. baru lah akak bgtau.. setelah akak bgtau sebab2 kenapa kaki perlu dipotong.. nampaknya hb dpt menerima kenyataan wpun perit..

lama juga duduk dlm ward 8TD tu lbh kurang 2 minggu.. namun doktor2 semua pelik sbb ujian darah hb semua negatif.. x de kuman.. buah pinggang pun oke x perlu dylisis.. Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Mu Ya Allah.. 9/19/2010.. hb discharged dr ward & kami duduk menumpang di rumah adik akak di Kem Sg Besi..

keadaan hb sekarang stabil wpun x boleh berdiri sendiri kerana kaki kiri lemah.. sementelah kaki kiri pun tggl 2 jari je... hb memang memerlukan sokongan drp keluarga terdekat utk memberi semangat.. akak pun dah apply cuti 1/2 gaji selama 3 bln utk menjaga hb..

semoga Allah sentiasa memberi kesihatan dan kemudahan kepada akak utk menjaga hb & zahra.. semoga hb akak cepat sembuh dah boleh berdiri sendiri.. kini hb terpaksa menjalani rawatan fisioterapi di PPUM dan bermacam2 lagi appointment dgn doktor pd bulan november ini..

syukur kepada Mu Ya Allah kerana memberi peluang kepada kami untuk terus hidup bersama.. aminnnn...

di dalam ward 8TD..
kaki kanan yg dah dipotong..
keadaan kaki kiri...

4 comments:

MaDaM LiEzA said...

lieza doakan yang terbaik buat k meg sekeluarga khususnye abg arip... harap k meg terus kuatkan semangat...

lina said...

Ni lah bahayanya kencing manis. Aku doa hb ko cepat sembuh. Jg kesihatan baik-baik ye!!!....Untuk ko, be strong ok......

MahaSayang said...

kak, saya baru baca entry ni...teringat saya pada arwah abah...lama gak abah menderita lepas kaki kena potong...bila sebelah kena potong, yg sebelah lagi pun nak kena potong gak...kami kehilangan idea nak bantu camne...lastnye, kami berani kan diri terjah hsp tentera di lumut...nak masuk wad kat situ mmg susah, sebab hsp tu utk tentera saje..tapi kami merayu sebab tak sanggup nak biarkan kaki abah dipotong kedua2nya...nasib baik diterima..hampir 2 bulan abah dirawat kat sana...alhamdulillah..abah sihat dan takde lagi masalah pd kaki..semua luka2 baik seperti biasa..kekal lah sebelah kaki lg kaki abah walaupun kehilangan semua jari2 kaki tu..5 tahun gak abah sihat sebelum meninggal dunia pd 25/6/2010...diharap akak byk2 bersabar dan semoga dia sihat untuk menjalani kehidupan seperti biasa

meg said...

liza & lina : tengkiu.. mmg kena kuat semangat.. Alhamdulillah setakat ni oke lg..

mahasayang : terima kasih sudi cerita psl arwah ayah tu.. mmg bila diri sendiri terpaksa lalui pengalaman mcm ni, baru tau camne.. selama ni dgr cerita je.. apa2 hal pun semua yg berlaku dah takdir.. kita kena redha kan..