Thursday, May 3, 2012

Berubat Di Jeniang, Kedah

sejak hb akak sakit ni kitorang pantang dengar ada org boleh mengubat.. mmg kitorang akan pegi.. ikhtiar kan.. so bila abg ipar akak kata kat jeniang ada org boleh ubat penyakit macam2.. teruja sgt nak pegi..

so 5 februari 2012 haritu kami pun bertolak la ke jeniang, kedah.. kat sana sewa homestay pak tam.. oleh kerana pegi berubat so pak tam bg sewa murah sikit.. ohh lupa pulak.. nama org yg nak ngubat tu pak teh azizan.. eceli pak tam ni keje ngan pak teh.. klau gi jeniang tu tanya pak teh tabib diraja sume org tau la kiranya..

nasib baik pak tam tunjuk jln nak pegi umah pak teh.. klau x mmg x jumpa lah.. punyalah ramai orgggg... dari johor je ada 3 bas.. then nak masuk umah pak teh tu kena naik bukit... jalan tanah pulak.. klau ujan memang licin la tu... parking pun x berapa nak ada.. klau org sihat boleh jln kaki manjat bukit tu.. masa kami pegi tu hari panas terik..

klau pegi kena bwk air mineral & daun sirih.. kat kaki bukit sebelum umah pak teh tu ada pondok jual menda2 tu.. boleh beli sajek.. 1 orang cuma boleh ubat 1 penyakit je sehari.. contohnya mcm hb akak la.. ada diabetes, darah tinggi & sakit mata.. tp masa pegi haritu cuma boleh mintak ubat utk salah satu penyakit je.. hb decide utk mintak ubat sakit mata.. so penyakit lain kena pegi hari lain-lain..

then pak teh akan panggil sume masuk dlm umah.. botol2 mineral & sirih didoakan sekaligus banyak2.. lepas tu pak teh suh sume org berbaris ikut penyakit masing2.. yg sakit jantung 1 barisan.. sakit kaki 1 barisan.. pak teh pun ubatkan la sorang2 guna mcm kayu kecik ke apa ntah.. palit2 kat tempat yg sakit.. rawatan utk sorang dlm 2-3 minit je so x de la tunggu lama sgt..

mcm hb akak.. pak teh mcm cucuk2 kayu tu dlm mata tp x de la sampai kena mata.. pesakit kena makan sirih tu.. klau x lalu nak makan habis.. gigit2 telan airnya sikit pastu buang.. rawatan mcm ni kena selalu berulang.. tapi kami pegi sekali tu je.. dah la jauh pastu rasa mcm tak sesuai.. tp terpulang la kepada kepercayaan masing2.. nak kata tipu tp ada gak yg berubat tu baik penyakitnya.. wallahuallam...

 
  
makan di RESTORAN CENDOL PULUT CEN yg terkenal di jeniang..
sedap gak makanan & cendol kat situ..

 

 
kawasan umah pak teh.. 
org ramai sgt melimpah ruah ke luar x muat nak msk..
cuba tgk jln tu.. klau ujan mmg akak x naik la..

eceli memula plan nak dok 2 mlm kat jeniang.. hari sabtu kami smpai.. hari ahad tu maulud nabi.. gi berubat.. ingatkan hari isnin nak pegi lagi tp pak teh cuti mengubat pulak.. so ptg ahad tu kami dah balik ke ipoh..  

No comments: