Tuesday, August 7, 2007

Untuk Kamu Wahai Lelaki

Lelaki...

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu.. Itu bererti dia tak dapat menahan air matanya lagi.. Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis... Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Dan jika kamu membiarkannya pergi.. Pastinya dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.. Selamanya...

Lelaki...

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah.. Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.. Kerana dia menjadi lemah.. Kerana dia sangat menyayangi dirimu.. Rasa ego sanggup dia jauhkan..

Lelaki...

Jika seorang wanita pernah menangis keranamu.. Peganglah tangannya dengan pengertian.. Usaplah kepalanya dengan penuh rasa sayang... Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.. Lelaki.. Jika seorang wanita menangis keranamu.. Tolong jangan mensia-siakan hidupnya.. Mungkin kerana keputusanmu itu.. Bisa kau rosakkan kehidupannya..

Lelaki...

Saat dia menangis di depanmu.. Saat dia menangis keranamu.. Lihatlah matanya.. Selamilah jiwanya... Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan telus.. Dengan penuh rasa kasih dan sayang di depanmu dan keranamu..

Lelaki...

Wanita menangis bukan kerana dia lemah.. Menangis juga bukan kerana dia menginginkan simpati atau belas kasihan.. Kerana menangis dengan diam dan di dalam tawa tidaklah memungkinkan lagi.. Fikirkanlah lelaki.. Jika seorang wanita menangis hatinya untukmu.. Dan menangisi semuanya kerana dirimu.. Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.. Hanya kau yang tahu jawapannya.. Pertimbangkanlah.. Kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal..

Mungkin akan terlambat untuk mengucapkan MAAF...

Monday, August 6, 2007

Menu Hari Ahad, 5/8/07


ni le rupanya.. ekceli selalu tu kuahnya kaler kuning..
tp maybe semalam terletak lebih rempah kari..
jadi le gitu kalernya.. tp habis gak seperiuk..


cuci mulut ngan buah durian...

so hari ahad semalam.. x de idea nak masak apa.. masak seminggu sekali pun x de idea ek.. apa lah ko ni mega.. hehe.. gi tgk dlm fridge ada daging cincang.. jenguk ke luar umah tgk ada buah lambunggai.. (ni aku panggil lambunggai... tp hb kata namanya ramunggal pulak)... gi petik 4 btg.. hmm lauk daging masak dhal la.. ekceli dah kawin & duduk kat perak ni baru aku tahu masak lauk ni letak ramunggal.. dulu2 x reti mkn buah ramunggal ni..

Kek Yogurt


baru kuar dr oven.. panasss... panass...


dah potong.. sedapppp... sedapppp...

mlm sabtu haritu cuba buat kek yogurt ni.. resepi drp cari.com... sedap gak.. makin lama makin moist.. ingatkan nak letak badam.. tp masa dah ready nak buat tu tgk2 badam dah expired plak.. so taburkan je coklat rice kat dlm kek tu.. sedap gak kek ni.. ibu mentuaku pun kata sedap.. cuma agak manis walaupun dah reduce gula drp 2 cwn kat resepi tu jadi 1 cwn.. lenkali nak buat kena reduce sikit lagi.. yogurt pulak aku guna yogurt dutch lady perisa blueberry.. guna 2 cwn yg kecik 150ml tu..

ni resepinya...

Bahan-Bahan:-

6 biji telur
1 cwn gula halus
250gm butter
2 1/2 cwn tepung - diayak
3/4 cwn @ 2 cwn kecil yogurt blueberry 150ml
Hirisan badam - untuk hiasan
Secubit garam

Cara-Cara:-

1. Asingkan kuning telur dgn putih telur.
2. Pukul putih telur hingga betul2 kembang dan ketepikan.
3. Pukul butter & gula hingga kembang. Masukkan kuning telur dan pukul lagi.
4. Masukkan putih telur yang telah dipukul tadi, yogurt & tepung.
5. Kacau & tambah garam. (guna senduk je ni).
6. Tuang dalam acuan, taburkan badam & bakar sehingga masak.

* Boleh guna sebarang perisa yogurt.
* Tepung tu aku guna tepung naik sendiri blue key... kalau guna tepung gandum biasa jangan lupa letak baking powder ye..

Monday, July 30, 2007

The Art of Making Coffee

hmm weekend cam biasa je.. buat pizza.. so tadi tgk kat youtube cara buat coffee latte.. seni sgt.. sapa yg berseni tu boleh la tiru.. enjoy watching...

Monday, July 23, 2007

Gambo Baru Amar


tengok la senyuman amar ni.. pandai dah skang..
bila nak amek gambo.. kita ckp 1..2..3... terus dia senyum...


amar ada basikal baru.. tp x reti nak kayuh lagi..
pastu suka duduk terbalik mengadap ke belakang camtu..


x sangka budak kecik ni suka makan durian..


tgk tu sampai terpejam2 mata..


comotnya diaaaa....

hai hai haiii.. kita bersiaran lagi pagi ini.. hmmm sejuk pagi ni ek.. ujan dr semalam gitu.. kalau hari cuti kan best.. bleh sambung tarik selimut.. minggu ni aku, hb & ibu mertuaku pegi ke KL.. hb aku ada meeting.. so pas turunkan ibu mertuaku kat umah kakak ipar kat shah alam.. kitorang pun menggeletik + menggelitis (bak kata ibu mertuaku lah ye.. ) pegi ke umah adik aku kat kem sg besi.. fuhh bestnya dapat jumpa amar.. ni gambo2 terbaru amar...

Thursday, July 19, 2007

My Zodiac - Libra

dalam pada x de mood tetiba teringat nak postkan psl zodiac aku ni.. aku lahir 17 Okt.. so zodiac aku Libra.. aiseh.. dah bgtau tarikh lahir tu.. x lama lagi bulan 10 kan.. paham2 la ye.. ahaks.. so apa kata zodiac aku ye.. ni ramalan je.. x boleh percaya tp kebanyakan description psl libra tu ada jugak yg kena dgn peribadi aku.. lets see...



Symbol : The Scales
Dates : September 23-October 23
Star Sign Stones : Diamond
Compatible Signs : Sagittarius, Aquarius, Gemini, Leo (hb ku Pisces)
Color : Indigo, Yellow, Blue, Pastels - please la yellow not my kaler..

The Greeks saw this constellation as the scales, an instrument of justice and balance. You strive for mental equilibrium and harmony in your life and environment. You weigh this one against the other, considering every angle of an issue in an attempt to reach equanimity. By taking a logical approach to reaching an objective judgement, you can save time and make wise decision.

It's important that you maintain an inner connection to the voice within that tells you when to make adjustments for your highest good. Take time to ponder and refine your thoughts, building wisdom, stabilizing yourself and bringing order to your mind. You're liable to strike out aggressively when your inner equilibrium is challenged.

Love : You love to socialize and can be quite popular because of your good-humored, gracious, sympathetic nature. You're not interested in superficial acquantances and may be cautious in love and romance. You want to share a relationship with someone who's romantic (very true), humanitarian, independent, idealistic, unbiased, spontaneous, inventive, sociable and insightful.

so yg aku taip ni yg kena dgn keperibadian aku le.. yg lain2 tu x yah la taip ek.. x kena mengena langsung.. nak tahu apa kata zodiac korang.. pegi je la kat google.. type horoscope.. mcm2 laman web horoscope ada.. hehe.. babai..



Monday, July 2, 2007

Puding Roti



hari sabtu haritu buat puding roti resepi drp kak liza cari.com.. puding roti ni dah selalu buat.. tp kali ni aku letak extra kismis.. then lapiskan dgn coklat rice.. tp gambo blur sket.. sedap.. sapa2 ada roti dah nak expired tu boleh la cuba resepi ni...

Puding Roti

Bahan A:
500 ml susu segar (nak guna santan pun boleh)
8 keping roti gardenia/high5

Bahan B:
4 sudu besar gula halus
2 sudu besar butter
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanila
1 sudu besar tepung jagung

Bahan C:
2 sudu besar kismis

Cara-cara:
1. Hancurkan/koyak roti dan rendam dalam susu selama 1/2 jam.
2. Kacau dan gaul rata bahan B (guna whisker je sampai sebati).
3. Masukkan kismis dan tuang ke dalam adunan roti.
4. Gaul dan masukkan ke dalam loyang yang dah dilengser dgn butter.
5. Bakar dlm suhu 180C selama 30 minit/masak.

nak makan ngan sos kastard pun boleh gak.. tp my hubby x suka..

Sos kastard

1 tin susu cair
1 sudu besar tepung kastard
2 sudu besar gula

Cara-cara:
Masukkan semua bahan dlm periuk dan masak dgn api kecil sehingga pekat. Kacau sentiasa.