Tuesday, August 7, 2007

Untuk Kamu Wahai Lelaki

Lelaki...

Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu.. Itu bererti dia tak dapat menahan air matanya lagi.. Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis... Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Dan jika kamu membiarkannya pergi.. Pastinya dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.. Selamanya...

Lelaki...

Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah.. Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.. Kerana dia menjadi lemah.. Kerana dia sangat menyayangi dirimu.. Rasa ego sanggup dia jauhkan..

Lelaki...

Jika seorang wanita pernah menangis keranamu.. Peganglah tangannya dengan pengertian.. Usaplah kepalanya dengan penuh rasa sayang... Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.. Lelaki.. Jika seorang wanita menangis keranamu.. Tolong jangan mensia-siakan hidupnya.. Mungkin kerana keputusanmu itu.. Bisa kau rosakkan kehidupannya..

Lelaki...

Saat dia menangis di depanmu.. Saat dia menangis keranamu.. Lihatlah matanya.. Selamilah jiwanya... Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan telus.. Dengan penuh rasa kasih dan sayang di depanmu dan keranamu..

Lelaki...

Wanita menangis bukan kerana dia lemah.. Menangis juga bukan kerana dia menginginkan simpati atau belas kasihan.. Kerana menangis dengan diam dan di dalam tawa tidaklah memungkinkan lagi.. Fikirkanlah lelaki.. Jika seorang wanita menangis hatinya untukmu.. Dan menangisi semuanya kerana dirimu.. Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.. Hanya kau yang tahu jawapannya.. Pertimbangkanlah.. Kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal..

Mungkin akan terlambat untuk mengucapkan MAAF...

No comments: