Friday, August 10, 2007

Kenapa Wanita Suka Merajuk?

ni aku tepek sebab2 kenapa kaum wanita ni suka merajuk.. harap2 kaum lelaki yg baca ni amek perhatian sket ye..

  • Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan dan keinginan wanita itu.
  • Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
  • Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan.
  • Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
  • Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
  • Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap.
  • Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
  • Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding dengan isteri/teman wanita.
  • Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
  • Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah.
  • Selalu keluar rumah dan balik lewat tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
  • Tidak suka membeli buah tangan untuk anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
  • Tidak suka berhubung dengan telefon dan SMS jika ada kerja luar atau berpergian.
  • Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
  • Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain tetapi dengan anak isteri garang dan tidak mesra.
  • Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara.
  • Mudah mesra dengan orang lain tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
  • Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
  • Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri.

No comments: