Friday, August 10, 2007

Tips Menunjukkan Kasih Sayang Kpd Isteri

  • Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
  • Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
  • Tolong buang sampah tanpa disuruh.
  • Bila outstation, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
  • Tunjukkan kepimpinan yang baik.
  • Berdiskusi dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
  • Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan orang lain tetapi hendaklah secara rasional bukannya mengiyakan semuanya.
  • Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
  • Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
  • Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
  • Pamerkan kasih sayang bila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
  • Bila berpegang tangan jangan biarkan tangan longlai.
  • Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali sekala.
  • Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain di khalayak ramai.
  • Lebihkan isteri daripada anak-anak.
  • Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam tangan, kad ucapan dan sebagainya.
  • Bila Hari Raya tiba jangan hanya bagi angpau kepada anak-anak sahaja tetapi bagilah juga kepada isteri.
  • Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang terutamanya dari orang yang disayangi.
  • Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar email untuk bertanya khabar atau paling minima mengucapkan "Hai" untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.
  • Berkongsi masalah dengan mereka, cuba mendengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
  • Pujuklah mereka dan tenangkan hati mereka sekiranya mereka dalam kesusahan.
  • Cuba memahami keinginan dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara berterus terang jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran untuk memenangi hati mereka.
  • Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puashati dan mereka akan meletup pada suatu hari. Tetapi kamu jangan sama-sama meletup. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang.

No comments: