ni resepi akak amek drp fotopages mamafami.. sedap gak sekali sekala mkn camni.. hb akak suka lah sbb dia suka mkn menda2 yg ada lada hitam... senang je nk buat..
Black Pepper Chicken Roasted
Bahan A
2 ketul ayam bahagian peha
4 keping ayam kepak ayam
1/2 sudu lada hitam - kisar/tumbuk
sedikit lada sulah
sedikit garam & gula
* akak tambah sedikit sos tiram
Bahan B (Untuk kuah)
1 sudu lada hitam - kisar/tumbuk
1 labu bawang besar - potong dadu
1/2 sudu tepung jagung - bancuh dgn 1 cwn air
minyak utk menumis
garam & gula
Cara-cara:-
1. Bersihkan ayam & toskan. Gaul semua bahan A dengan ayam. Tak perlu perap.
2. Susun ayam di dalam dulang pembakar yg dilapik dgn aluminium foil & bakar sehingga masak.
3. Setelah masak susun ayam atas pinggan.
4. Tumis bawang besar sehingga garing. Masukkan lada hitam & tepung jagung yg dicampur dengan secawan air tadi. Kalau terlalu pekat tambah air lagi.
5. Masukkan garam dan gula. Bila sedikit mendidih, matikan api dan tuang kuah ke atas ayam.
Tuesday, February 17, 2009
Black Pepper Chicken Roasted
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment