Friday, February 6, 2009

Stuffing Istimewa


Stuffing Istimewa
(Sumber : Asmah Laili, resepi drp Azizah Noordin)

Bahan A

200 gm hati dan mempedal, potong dadu
2 batang karot, dadu kecil
2 biji bawang besar, dadu kecil

Bahan B

4 sudu besar kacang peas
2 biji telur
sedikit garam dan lada putih
sedikit minyak utk menumis
mentega utk sapu acuan

Cara-cara:-

1. Tumis bawang besar sehingga lembut dan wangi. Masukkan bahan A. Masak 1 minit. Masukkan kacang peas, tabur lada putih dan garam.. gaul rata dan tutup api.

2. Pecahkan telur dalam mangkuk berasingan. Pukul sedikit dan tuang di atas bahan A yang telah dimasak tadi.

3. Sapu mentega di sekeliling acuan dan tuang semua bahan tadi. Ratakan dan sprinkle sedikit butter. Bakar pada suhu 170'C sehingga masak.

Nota (olahan):-
- akak x guna hati ayam/mempedal tp guna isi ayam yang didadu.
- tambah sosej ayam yang dipotong bulat-bulat.
- guna mix-vege.
- tabur sesuka hati mozarella cheese kat atasnya... walllaaaa...

2 comments:

Neeza.Areef said...

ayoyo...
menariknye leh tiru nih

meg said...

senang je.. bahan2nya tu bleh campak je suka2 hati apa2 yg ada kat umah..