Tuesday, August 21, 2007
KABESA & GPMS
pastu masa kenduri ni hb x balik.. ada mesyuarat agong GPMS kat sri warisan resort, melaka.. GPMS tu maknanya gabungan pelajar melayu semenanjung... hb baru sebulan jadi Yang DiPertua gpms cawangan ipoh.. tahniah ye bang.. kira org penting la ni kan.. bertambah bz gitu.. sbb tu aku balik kg tumpang kakak aku.. tahniah la sbb dpt anugerah cawangan terbaik.. semoga bertambah2 maju & aktif pasni..
Posted by
meg
at
4:49 PM
0
comments
Kenduri Arwah

traffic jam kat dapur... seboknyaaa...

tgh menjamu selera..
lauk dlm besen besar gitu kan..

irfan (baju hitam) & sulaiman (cucu aku ni)..
aku dah ada 10 org cucu korang tahu..
ehh 10 org ke.. aku pun x ingat..
merasa lah dah jadi nenek gitu kan muda2 ni..
ehh muda lagi ke.. hehe.. ok la.. jiwa rumaja lg..


amar kurang aktif sbb demam selesema..
dah kurus dia skang..

ada sambal goreng, ayam msk kicap, sayur terung,
ikan kering bulu ayam, bihun goreng, timun & serunding..
mcm yg dicanang2 sebelum ni.. aku pun balik le kg 17hb haritu.. hb hantar smpai ke melaka.. then aku balik le ngan kakak aku.. wah wah.. dah berubah kg aku skang.. tepi umah dah ada jln batu.. x lama lagi jadi jln tar la tu.. maklum le.. nak pilihanraya ni kan.. tp aku lupo nak amek gambo jln baru tu.. yg paling best tu.. kat pekan pt raja dah ada kfc.. chehh cam jakun je kan.. tp beneran ni pak.. dulu nak mkn kfc kena gi bandar batu pahat.. jauh gitu..
masa lalu tu ramainya org kat dlm kfc.. kakak aku kata mmg tiap2 hari penuh.. smpaikan x sempat nak masak ayam.. beli ayam ala2 cam x masak gitu kan.. dulu kat bahu jalan tu depa letak batu yg cantik2 tu.. balik kali ni batu tu dah x de pulak.. depa kata nak buat jln 4 lane.. haaa... merasa.. camner nak melintas tu nanti dek non.. skang ni pun bercinta kalau nak melintas kat depan kg tu.. ramai gak la org yg dah kena sondol.. sbb keta laju2 buat jln tu cam highway gitu kan..
so aku sampai kg betul2 time maghrib hari jumaat tu.. sayu tgk umah tu.. dah lama ditinggalkan.. nasib baik kakak dah bersihkan semua.. masuk cuci kaki je la.. hehe.. kesian kakak sakit kaki & pinggang bersihkan umah.. ptg sabtu aku, adik, beb, bangchin, apis & irfan gi melawat umah mak & bapak.. pegi kubur le.. sampai kubur tu.. sayunya.. sepi je.. siap ada bunyi burung gagak tu.. seriau gak.. x dpt nak tahan airmata ni sambil sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah mak & bapak.. rindunya kat diorang..
alkisahnya nak dijadikan cerita.. masa kenduri tu x de air la pulak.. paip pecah kat depan lorong tu.. dah la kat umah tu ramaiiii umat.. dah susah nak basuh pinggan mangkuk.. last2 depa mkn dlm polisterin je.. tu kira menjawab persoalan korang la kan kenapa kitorang mkn dlm polisterin tu kan.. hehehe.. siap tumpang mandi kat umah kak lim ni.. nasib baik kat dapur ada kolah besar isi air hujan.. skang ni musim hujan so air tu penuh gak la.. bibik pun basuh pinggan guna air tu.. dah kul 10 lebih baru ada air deknon.. depa ni (JBA) saja nak cari duit OT kan.. dah memalam baru nak repair paip tu..
oh ya.. tahniah diucapkan kepada anak sedara aku, nurdiyana husin yg dah konvo kat utm skudai hari ahad, 19hb haritu.. hmm pandai anak sedara cik ga ni ye.. tp sori la.. tak bg hadiah apa2 pun.. kalau korang nak tahu selalunya kalau kenduri, diyana ni le yg rajin tolong kat dapur.. atur2 gelas dlm dulang.. kemas itu ini.. tp kenduri kali ni dia x de.. bila kakak suh aku yg buat otomatik aku jwb.. alamakkkk... selalunya keje diyana ni.. semoga cepat2 dpt keje.. nanti belanja cik ga yeee... hehe..
ni ada pesanan penaja.. aku tahu org tu x tahu blog aku ni.. tp manalah tahu kan pas ni dia termasuk sini ke.. lenkali kalo dtg kenduri umah sedara sendiri tp duduk je mcm mem.. baik x yah dtg.. dah la x tolong apa2.. org kenduri blom habis balik.. dah amek plastik bag tapau lauk.. amek byk pulak tu smpai 2 plastik besar sorang.. ingat ni umah kebajikan ke.. org kongsi2 kuar duit utk belanja kenduri tau.. (marah + meluat ni)... adios..
Posted by
meg
at
3:52 PM
0
comments
Thursday, August 16, 2007
Trifle
gambo blur sbb custard tu tgh berasap2..
TRIFLE
Bahan A:-
1 btg swiss roll - aku guna 2 sbb nak susun kat tepi bekas tu
1 tin besar fruit cocktail - toskan airnya (jangan buang air buah tu..)
Potong swiss roll dan atur dlm bekas.
Nak letak bawah je boleh.. nak letak bawah & tepi pun boleh..
Renjis2 dipilis air buah tadi ke atas swiss roll.. jgn sampai lembik..
Ketepikan.
Bahan B:-
3 sudu besar tepung custard - ceduk cam bukit
2 cawan air
1/3 tin susu pekat manis
1/2 tin susu cair
2 sudu besar gula - rasa dulu kalau dah manis x yah letak/tambah gula
1/2 tin jagung dalam tin
secubit garam
Masukkan air, susu pekat & susu cair ke dalam periuk & masak dgn api kecil.
Bancuh tepung custard dgn sedikit air sampai x bergentel. Tuang ke dlm periuk.
Kacau sentiasa sampai adunan jadi agak pekat.
Masukkan jagung & garam. Kacau lagi.
Tuang ke dalam bekas yg dah disusun swiss roll tadi.
Bila custard dah agak keras (nak bagi cepat masukkan dlm fridge), taburkan
fruit cocktail kat atasnya. Ketepikan.
Bahan C:-
1 packet agar2 serbuk - aku guna NONA (kurangkan air sbb agar2 ni lembik)
(kalau nak lapisan agar2 tu tebal sket, guna 2 packet)
4 sudu besar gula
* Masukkan sekali lebihan air fruit cocktail tadi ke dlm agar2.
Bila agar2 dah larut, tuang perlahan2 ke atas fruit cocktail tu.
Biarkan agar2 keras sikit.
Ulang proses Bahan B dan tuang ke atas agar2 tadi. Sejukkan.
yummyyyliciousssss...
Posted by
meg
at
9:23 AM
0
comments
Friday, August 10, 2007
Potluck
bihun by azita
harini kat opis aku ada buat potluck.. aku buat trifle.. tp terlembik la pulak.. hehe.. apo kono eh jang.. x po la.. tp rasanya sedap gak.. cuma nak amek kena guna sudu.. x leh nak potong.. yg lain2 tu lecturer yg masak.. liana sponsor buah..
Posted by
meg
at
11:32 AM
0
comments
Tips Menunjukkan Kasih Sayang Kpd Isteri
- Telefon isteri dari tempat kerja untuk bertanya khabar, memberitahu sesuatu yang menarik atau sekadar ingin menyatakan "I Love You".
- Ucapkan kata-kata sayang sekurang-kurangnya dua kali sehari.
- Tolong kemaskan katil dan bilik tidur.
- Tolong buang sampah tanpa disuruh.
- Bila outstation, telefon isteri untuk memberitahu nombor telefon tempat penginapan dan memberitahu yang kita sudah selamat sampai.
- Tunjukkan kepimpinan yang baik.
- Berdiskusi dari semasa ke semasa, jangan ketepikan pendapat isteri.
- Sokong pendapat isteri sekiranya beliau bertentangan dengan orang lain tetapi hendaklah secara rasional bukannya mengiyakan semuanya.
- Urut-mengurut isteri atau seumpamanya dari masa ke semasa.
- Peluk dan belai isteri sekali-sekala tanpa implikasi seksual.
- Sabar dan tenang bila mendengar cerita dan masalah isteri.
- Pamerkan kasih sayang bila di khalayak ramai. Jangan abaikan isteri atau tinggalkan beliau jauh bila berjalan.
- Bila berpegang tangan jangan biarkan tangan longlai.
- Buatkan air minuman atau seumpamanya sekali sekala.
- Beri perhatian yang lebih pada isteri dari orang lain di khalayak ramai.
- Lebihkan isteri daripada anak-anak.
- Belikan hadiah kecil dari semasa ke semasa seperti minyak wangi, jam tangan, kad ucapan dan sebagainya.
- Bila Hari Raya tiba jangan hanya bagi angpau kepada anak-anak sahaja tetapi bagilah juga kepada isteri.
- Perempuan inginkan perhatian dan kasih sayang terutamanya dari orang yang disayangi.
- Gunakan sepenuhnya teknologi yang ada di zaman sekarang. Seringlah menelefon atau menghantar email untuk bertanya khabar atau paling minima mengucapkan "Hai" untuk menunjukkan bahawa dia sering di hati kamu.
- Berkongsi masalah dengan mereka, cuba mendengar pendapat mereka, sekurang-kurangnya mereka akan berasa yang mereka itu penting dalam diri kamu dan diperlukan.
- Pujuklah mereka dan tenangkan hati mereka sekiranya mereka dalam kesusahan.
- Cuba memahami keinginan dan kemahuannya. Sesetengah perempuan tidak suka menyatakan secara berterus terang jadi kamu kenalah peka dan gunakan kepakaran untuk memenangi hati mereka.
- Jangan lupa, mereka juga ada ego yang terselit di celah-celah kelembutan mereka. Apabila mereka terancam atau tercabar, lahirlah sifat marah, cemburu dan cepat merajuk. Masalah akan timbul bagi mereka yang suka memendam terhadap sesuatu yang mereka tidak puashati dan mereka akan meletup pada suatu hari. Tetapi kamu jangan sama-sama meletup. Cari sebab mengapa ia terjadi dan bawa berbincang.
Posted by
meg
at
9:30 AM
0
comments
Kenapa Wanita Suka Merajuk?
ni aku tepek sebab2 kenapa kaum wanita ni suka merajuk.. harap2 kaum lelaki yg baca ni amek perhatian sket ye..
- Keinginan tidak diambil perhatian oleh pasangan lelaki/suami dan mereka tidak ambil kisah akan perasaan dan keinginan wanita itu.
- Tidak sensitif terhadap perasaan wanita yang prihatin dalam sesuatu perkara dan pasangan hanya memandang remeh segala pandangan wanita.
- Tidak peka pada hari-hari istimewa pasangan.
- Memuji wanita lain di depan isteri/teman wanita.
- Menyindir mengenai imej dan personaliti isteri/teman wanita dan membandingkan dengan wanita lain.
- Tidak menjamah atau makan makanan yang disediakan kerana dirasakan tidak sedap.
- Tidak memuji pasangan pada ketika pasangan perlu pujian itu.
- Suami/teman lelaki lebih suka bercakap dan bergurau dengan teman sekerja wanita atau lelaki berbanding dengan isteri/teman wanita.
- Kedekut dan tidak suka mengeluarkan belanja untuk keperluan isteri/teman wanita.
- Suka memerintah dan tidak suka membantu kerja rumah.
- Selalu keluar rumah dan balik lewat tetapi tidak memberitahu sebab mengapa pulang lewat dan sebagainya.
- Tidak suka membeli buah tangan untuk anak dan isteri apabila balik dari kerja dan sebagainya.
- Tidak suka berhubung dengan telefon dan SMS jika ada kerja luar atau berpergian.
- Suami melebihkan ibu bapa dan adik beradiknya dan sanggup berhabisan untuk mereka tetapi tidak mempedulikan keluarga sendiri.
- Sering memberi pujian dan senyuman yang mesra untuk orang lain tetapi dengan anak isteri garang dan tidak mesra.
- Ada duit digunakan untuk belanja rakan dan saudara mara.
- Mudah mesra dengan orang lain tetapi tidak mesra dengan keluarga sendiri.
- Bila balik kampung isteri, bersikap dingin dan tidak mesra.
- Tidak suka menemani isteri membeli belah kerana malas hendak melayan isteri.
Posted by
meg
at
9:10 AM
0
comments
Tuesday, August 7, 2007
Untuk Kamu Wahai Lelaki
Lelaki...
Jika seorang wanita itu menangis di hadapanmu.. Itu bererti dia tak dapat menahan air matanya lagi.. Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis... Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu.. Dan jika kamu membiarkannya pergi.. Pastinya dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.. Selamanya...
Lelaki...
Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah.. Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi.. Kerana dia menjadi lemah.. Kerana dia sangat menyayangi dirimu.. Rasa ego sanggup dia jauhkan..
Lelaki...
Jika seorang wanita pernah menangis keranamu.. Peganglah tangannya dengan pengertian.. Usaplah kepalanya dengan penuh rasa sayang... Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.. Lelaki.. Jika seorang wanita menangis keranamu.. Tolong jangan mensia-siakan hidupnya.. Mungkin kerana keputusanmu itu.. Bisa kau rosakkan kehidupannya..
Lelaki...
Saat dia menangis di depanmu.. Saat dia menangis keranamu.. Lihatlah matanya.. Selamilah jiwanya... Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya? Wanita mana lagikah yang akan menangis dengan telus.. Dengan penuh rasa kasih dan sayang di depanmu dan keranamu..
Lelaki...
Wanita menangis bukan kerana dia lemah.. Menangis juga bukan kerana dia menginginkan simpati atau belas kasihan.. Kerana menangis dengan diam dan di dalam tawa tidaklah memungkinkan lagi.. Fikirkanlah lelaki.. Jika seorang wanita menangis hatinya untukmu.. Dan menangisi semuanya kerana dirimu.. Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya.. Hanya kau yang tahu jawapannya.. Pertimbangkanlah.. Kerana suatu hari nanti mungkin akan terlambat untuk menyesal..
Mungkin akan terlambat untuk mengucapkan MAAF...
Posted by
meg
at
4:59 PM
0
comments
















